Assalammualaikum, peace upon you.
siapa lagi nak kad raya shida masih available dalam 10++ tapi maybe akan dapat selepas raya. Nak jangan malu-malu ya drop alamat dekat komen ni shida tak approve ur comment ok :) siapa cepat dia dapat! :)
Sepanjang perjalanan hidup shida tak pernah dapat duit raya keedebukkk RM100 dari sesiapa. Semalam sebelum balik kerja bos bagi shida sampul raya tu. Dia kata "ini personally saya bagi u lah" biasa time raya cina je shida dapat angpau tapi tak sangka raya shida pun dia bagi angpau juga. First time ni masih terkejut tak habis lagi. sebelum ni dia baru hantar dekat rumah shida hamper dengan beberapa kerongsang untuk shida pakai raya dekat entri ini > perkara yang menyedihkan dan perkara yang menggembirakan?? shida rasa bersyukur selama berkerja dengan dia tak pernah rasa menyesal malah beruntung dapat majikan macam ni. Selain jaga hati pekerja Kebajikan pekerja pun dia tak lupa. Pernah sekali shida masa tahun 2009 shida dapat sakit kayap tau, korang tau la sakit kayap macam mana siksa kan. Shida tengok dia orang paling susah hati. Kejap-kejap datang rumah shida tengok keadaan shida. Kadang tu dia beli ubat. Start tu shida dah terharu. sayang nak stop kerja situ, even swasta, layanan macam government hehee^^ Dah 5 tahun shida berkhidmat untuk majikan shida :) lupa nak mention shida seorang saja pekerja melayu yang lain cina dan india 1 Malaysia ok :)


