Assalamualaikum, peace upon you.
wahh!! sadis, memang sadis dah 3hari shida selsema ni. Dah makan ubat pun macam tak efek apa je! dah sedih dengan kehilangan wang sekarang dapat selsema pula. dah jatuh ditimpa tangga pula kan maksudnya "berterusan didatangi masalah". Nasib badan lah! dari mula berlaku sampai lah hari ini masih termimpi-mimpi pasal duit yang hilang tu. Aarrghhh..benci betul! keadaan macam ni.
Tak tahu lah bila selsema ni nak baik. Shida paling tak suka kalo selsema sebabnya bila shida selsema memang teruk. mata berair-air bagai macam orang menangis sampai bengkak-bengkak mata lah! setakat demam dengan batuk tak apa lagi tapi jangan selsema. Memang susah hati kalau selsema datang. Pergi kerja kena bawa tuala kecil untul lap air mata atau hingusan huhu..dah macam budak kecil kan! tapi apa nak buat itu lah kenyataannya.
Hope cepat lah sembuh. Ubat-ubat makan je sampai tak larat nak makan dah. habis mata hidung merah-merah dibuatnya!! pergi kerja pun tak makeup sebab pasti habis bedak-bedak yang shida tempek kat muka kena lap! sabar je lah dengan penyakit selsema ni. korang ada yang selsema teruk macam shida? kalau ada bagi lah sikit tips nak hilangkan atau nak sembuh dengan cepat. shida memang tak selesa macam ni. ok lah dari tadi asyik bersin sampai terkena dah screen laptop ni. tutup tutup k bye korang~
Moga cepat sembuh selsema ku =.=

