update : blog dah bertukar hehee^^ ;) ok ke??
Assalamualaikum, peace upon you.
hahaa^^ apa kena mengena blog dengan game ni! saja sebagai pembakar semangat macam mana shida selamatkan rumah dari zomba zombi ni tapi tapi game ni buat shida tak tidur malam main game ni!! serius syok!! kalah angry birds tak best mana pun hehehee^^
sudah-sudah fokus pada tajuk entri. sebenarnya shida nak beritahu yang shida nak tukar lagi wajah-wajah blog shida. cuma tukar background, header dan footer saja. yang paling best gubahan kali ni bukan dari hasil dari tangan shida tapi hasil dari designer yang bagi shida dia sangat-sangat berbakat. Kalau lihat hasil seni halus dia mendesign blog memang superb!! so dari situ shida minta dia design header dan footer shida. Mesti semua pelikkan mana dia tak nampak pun perubahan apa-apa. sabar lah dulu. shida bagi hint dulu ok. sebelum tu jom usha dulu blog-blog shida yang dulu-dulu hingga sekarang.
masa ni shida jadi newbie sama je macam newbie sekarang ^_^ dulu-dulu nama blog lain. kira ini yang pertama. kisah siGadis Biru *peaceNOwar* shida masih jumpa lagi blogger yang buat bloglist blog shida pakai nama blog yang ini hehee^^ kalau terjah blog dia mesti teringat blog dulu-dulu hehe,nasib shida print screen tapi tapi apa yang penting mesti biru ;)
blog yang ni masa ni terlalu banyak warna putih sampai tak nampak apa shida rasa hehee^^ design ni shida pakai tak lama pun sebab rimas namapak kosong saja. so niat nak tukar memang banyak kali lah niat hehe^^ tapi dengan design ni juga shida terpilih jadi Blogger Baru Pilihan Malaysia 2010 dapat top50, masa tu yang join aktiviti ni yang shida sangat-sangat ingat member blogger shida ni si Ain Zulaikha comel orangnya :) dia dapat tempat pertama tau, memang ramai lah undi blog dia. Tahniah Ain!!
bila dah tamat sesi Blogger Baru Pilihan 2010, shida pun ambil masa sikit edit blog jadi macam gambar diatas ni. tapi masih biru dan putih la. biru memang tak boleh lari dalam hidup shida ni. sebab biru ni warna kegemaran shida dari kecil lagi. Banyak benda atau barang shida simpan atau beli dan guna mesti warna biru :) tapi before header ini shida pakai header yang last entri gambar ELMO BIRU. Nama pun dah tukar dari kisah ke dunia pula "Dunia siGadis Biru" tapi bila semua tengok blog shida warna biru jadi tak hairan lah tak ada yang tanya shida kenapa siGadis Biru? setakat masa tu memamg tak ada lah tapi tapi tetiba ada yang salah faham. Ada yang cakap shida ni suka tengok blue dan suka s** gila lah!! entri ini > klik untuk yang rajin nak baca :)
setelah liku-liku banyak shida tempuh selama berbloging ni dapat la shida belajar dari kesilapan yang lalu, bnyakkan ambil iktibar dan pengajaran, kan semua tu mematangkan kita betul tak? selepas kes tu dah tutup cehh!! hehee^^ blog shida pun bertukarlah seperti nama yang tersedia ada sekarang "Dunia sebenar Shida" actually masa tengah buntu cari nama blog yang sesuai dan mudah untuk carian di google. Adik shida bagi la nama ni Dunia sebenar Shida. dalam beberapa minit fikir tentang kesesuaian nama ni. Shida pun setuju dan pakai sampai sekarang. tak pernah berubah walau sedikit pun.
hah! ini blog sekarang. cuba cari kelainan dengan memakai background berwarna. asik pakai background macam siaran tv habis je kan hehee^^ tapi ada yang merengek kata loading lambat. tak apa jangan risau blog shida masih boleh diperbaiki ok. Ini pun shida nak cuba lagi kelainan dalam bermain warna-warna biru hehee^^ shida dah cuba ok menarik cuma belum pakai. lagi. Nak tengok?? dah tengok?? camne,ok tak?? malam nanti dalam area 8.30pm macam tu shida pakai boleh lah korang komen sikitkan ^_^ loading ok ke gelap sangat ke muram dan kusam ke ok? shida akan perbaiki lagi :)
antara header-header yang shida pernah pakai selama berbloging ^_^
ini header raya 2011 hehe^^ siapa ingat header ni? siap dapat angpau header shida lagi kan kan heeehe..sebenarnya ada banyak lagi header shida pakai buang tapi banyak yang dah kena delete! ini saja yang sempat shida save ;)
Noted: dalam pukul8.30 malam shida pakai header dan footer yang shida tempah khas untuk blog kesayangan shida ni dan dan dan shida juga akan beritahu siapa designernya!! mana tahu lepas ni ada yang berubah fikiran nak edit blog atau nak tempah dekat dia ni. tak akan menyesal beb!! serius!!
hehee^^ happy reading ;)