Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 3 untuk bulan disember ini. Jadi seperti biasalah rutin blog, mengira jumlah Geng Kuat Komen bulanan, ada kata kuat membawang eh! tidaaakkkkk lah! kami balas-balas komen biasa-biasa je tak gosip apa pun. Biasanya pembaca shida komen apa yang shida kongsikan dengan mereka, tentang drama ke, hal peribadi ke, isu semasa ke, takde la nak bergosip cari dosa free kan heeheeee 😁
Bagi yang tersenarai mohon email details korang kepada shida, yang dah pernah bagi tu tak perlu ya, shida masih simpan. Email : admin@duniashida.com
Terima kasih sekali lagi bagi nama-nama blogger yang naik dalam carta TOP 10 Geng Kuat Komen ni. Bukan apa shida rasa bangga ada sahabat blogger macam mereka, rajin, supportive, friendly, baik hati dan macam-macam lagi. Rata-rata nama mereka pun turut ada dalam carta komen blog orang lain. Nampak sangatkan mereka rajin dan supportive. Terima kasih tau korang, blogger yang tidak tersenarai tapi rajin juga memberi komen dalam blog ni pun shida ucapkan terima kasih! sayang semua 💋
Untuk kali ini shida nak beri sedikit hadiah kecil kepada TOP 10 GKK NOV & TOP 10 GKK DIS sebagai penutup bagi tahun 2020. Jadi bagi korang yang inginkan hadiah kecil ini boleh lah komen-komen blog shida sehingga tersenarai dalam TOP10 GKK Bulanan blog shida, so tinggal bulan ini saja untuk korang masuk dalam list out top 10 ya! 😉 Dan satu perkara lagi shida juga akan memberi satu lagi hadiah khas kepada Blogger Pilihan 2020 blog shida ini. Penilaian juga melalui komen dan shida akan buat announcement pada bulan Jan 2021 nanti. Apa-apa pun terima kasih kepada korang yang tak putus-putus datang ke blog shida serba biru ini 😊



