Alhamdulillah akhirnya Giveaway by Shida Radzuan Tamat, syukur sangat dalam kesibukan shida pun dapat juga menjalankan aktiviti blog khas untuk rakan-rakan blogger. Terima kasih tak terhingga juga kepada 41 peserta yang turut serta dalam giveaway ini.
Ada juga yang join pada saat-saat akhir pada tarikh akhir giveaway ini sebelum tamat. Terima kasih semua ya sudi memeriahkan dan menjadikan giveaway ini berjalan dengan lancar dan sempurna, tanpa korang semua rasanya giveaway ini tiada sambutan jua.
Jadi dengan lafaz bismillahhirohmanirahim shida menutup giveaway ini dan pengumuman bakal penerima 3 kotak misteri dari shida akan shida lakukan pada hari 6 oktober 2021. Cabutan akan dibuat serta pengumuman para pemenang.
Harap semua boleh tunggu ya, pada 6 oktober disebelah pagi antara pukul9 hingga 11 pagi. Berdebar pula rasa nak buat cabutan untuk pemenang yang dicari. 50 peserta yang dihajati hampir-hampir saja shida nak dapat tapi hanya 41 peserta sahaja yang tiba.
Ini pun rasa dah cukup bagus dan sempurna, untuk penambahan hadiah masih misteri dan kena tunggu lah pada pengumuman nanti ya. Harap semua boleh bersabar dan tidur lena dahulu hahahaa 😁😁. Apa-apa pun terima kasih semuanya 😍
👉 Jom Blogwalking ke Blog Peserta GABYSR 👈

