Assalammualaikum, peace upon you.
Kali ni cuti panjang sekali lagi shida ke Kuala Lumpur, boring juga bila cuti mesti pergi KL dah macam tak ada tempat lain kan. Sebenarnya hajat utama nak sambut birthday Eca dan yang ke dua nak melawat orang sakit. Pergi pun tak lama cuma 2 hari atau 3 hari tengok keadaan la. Lepas tu balik semula ke taiping baru plan nak berjalan ke lain. Shida belum fikir lagi nak ke mana tapi rasanya nak duduk rumah je bersantai dengan blog kesayangan ni.
Semalam shida keluar ke Mall, hampir ke semua kedai tutup. Shida jadi blur nak cari hadiah eca dekat mana. Memandangkan kebanyakan kedai tuannya adalah cina so susah juga lah. Jalan punya jalan jumpa kedai 'The Gift' then tak nak fikir panjang shida sambar 1 bear yang besar dia myb sebesar eca juga hehee^^ shida beli untuk dia. Hope dia suka tapi yang pastinya dia memang suka sebabnya dia memang suka bear sekarang ni aktiviti baru. Nanti eca dah pegang bear tu shida snap satu gambar untuk korang ye :)
tempek satu gambar eca hehee ^_^


