Assalamualaikum, peace upon you.
ehem ehem..sila tututp mata ya masuk blog shida. Saja lah nak ambil mood baru dengan mengenakan template baru dan header baru. Header baru ni tempek gambar sendiri tapi tapi memang tak pernah lari dari tema biru dan putih, awan-awan nano, burung berkicauan serta sorang gadis yang ingin terbang dengan payung sakti birunya :) amacam? ada kelasss tak header kali ni. Agak malu tempek muka sendiri besar-besar hehee tah apa-apa!! ^_^
ACT blog shida masih dalam pembikinan yang siap sekarang baru 80% tinggal lagi 20% untuk siap. ada beberapa perkara atau part yang shida tak tahu nak edit macam mana. Kena tanya pada yang pakar sebab jenuh juga shida edit-edit dan cari code asyik tak jumpa dan ada je yang tak kena. SO setakat ni hasil separuh siap seperti ini dululah ok :)
yang penting!!! shida nak korang bagi tahu shida, tahap blog shida ni loading untuk clear semuanya mengambil masa seperti mana? lebih lambat dari dulu atau lebih cepat dari dulu. sila-sila comment k. Sebab tujuan shida tukar-tukar sana sini pun sebab blog shida yang lama terlalu berat sampai ramai yang mengeluh susah nak buka blog shida ni huhuhu..sedihhh ;(
dengan harapan kawan-kawan senang berkunjung blog serba biru shida yang biasa-biasa je. Tak nak juga susahkan kawan-kawan buka blog shida terlalu lama sehinggakan korang TTUPP!! terus pangkah huhu sedih tau ;( shida cuba buat yang terbaik ok. Moga semuanya berjalan dengan lancar..AMIN~











