Selamat berpuasa semua ;) hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa kan?? macam mana rasanya?? bagi golongan yang macam kita-kita ni of cos lah ok sebab dah biasa kan. tak kira la puasa dalam keadaan apa sekali pun kita mampu buat dan lakukan demi tuntutan ;) Bagi adik-adik yang baru nak belajar puasa tu Alhamdulillah suka shida dengar adik-adik nak belajar puasa. Banyak manfaatnya kalau berpuasa ni. Tak percaya?? tunggu waktu raya nanti baru adik-adik tahu ok ;)
Siapa kenal Ustaz Idrus ni?? tipu la kalau korang tak kenal. Beliau dah semakin dikenali di wall-wall facebook pun asyik app dia saja yang keluar mengalahkan artis bintang popular tau! Shida sendiri suka dengan ustaz idrus bukan suka ustaz, suka dengan ceramah, nasihat dan kata-kata hikmah beliau yang sempoi dan lucu. Boleh dikatakan Ustaz Idrus ni salah seorang "ustaz" yang boleh mencuit banyak hati remaja kita sekarang ni disebabkan dakwah yang dibawanya senang diterima dan dipelajari oleh golongan remaja sekarang. Shida juga suka baca sesi soal jawab Ustaz ;) Eh! bukan golongan remaja je adik-adik, orang dewasa, dan golongan warga tua juga menyukai beliau sebab terdapat unsur lawak lucu dan sempoi dalam setiap penyampaian beliau. Siapa bilang dalam islam nak berdakwah perlu serius saja tak juga dalam zaman sekarang ni kita kena peka dengan random remaja masa sekarang.
Bagus juga bulan-bulan puasa ni kita baca-baca atau dengar ceramah dan nasihat-nasihat dari Ustaz ni. Orang zaman sekarang pelbagai dah boleh menilai mana yang baik dan buruk. Sama-sama kita perbaiki apa yang kurang dan yang lebih kita manfaatkan sebaiknya ;)
Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.
1- Kedekut.
2- Tewas kepada nafsu.
3- Bangga dengan diri sendiri.
Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.
1- Adil dalam setiap tindakan.
2- Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3- Takut kepada Allah saat terbuka (ada orang melihat) dan saat sunyi.
Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.
1- Tunggu masuk waktu solat.
2- Berwhuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3- Melangkah kaki untuk solat berjamaah.
Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.
1- Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2- Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3- Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail)