Desakan yang terlampau dari ahli pencarum maka permohonan i-sinar tanpa syarat telah dikeluarkan. Alhamdulillah! 8 Mac nanti bolehla semak berapa amount kelulusan yang diberikan. Ada juga yang sudah pun menerima sebanyak RM1000 bayaran interim seusai bebarapa hari permohonan dibuat dalam kategori 2 ini. Shida pada mulanya sedikit frust, so buat tak tahu je pada mulanya. Selepas permohonan tak lulus, kawan pujuk untuk terus buat dalam kategori 2. Tengok tindakan kawan pun bersemangat dan mula minta bantuan shida macam-macam surat dari syarikat sebagai surat sokongan kendiri mereka. Maka 19hb haritu baru selesai shida mohon!
Shida mohon pun lebih kepada "dana kecemasan" jika tak ada aral nak bantu perniagaan suami, nak baik pulih apa yang patut kat kedai tu. Memandangkan husben bukan ahli pencarum kwsp, dari awal dia kerja majikan tak carum so banyak kerugian disitu sehinggalah dia bekerja sendiri sekarang. Alhamdulillah, sungguh pun begitu cukup untuk kami berdua meneruskan kelangsungan hidup asalkan terus berniaga tanpa gangguan.
Kerajaan juga akan lebih memberi kelonggaran kepada sektor ekonomi untuk terus bekerja terus mencari rezeki demi untuk memulihkan ekonomi keluarga dan negara. Jika rakyat boleh bekerja, rakayat akan berbelanja dan justeru itu dapat memulihkan ekonomi negara tak kira pembelian atas talian atau luar talian, asalkan berbelanja lah dengan penuh berhemah ya!
Cara Buat Semakan Status Bayaran i-sinar Tanpa Syarat
Caranya seperti langkah berikut :
- Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://kwsp.gov.my/
- Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
- Klik pada menu WITHDRAWAL / Pengeluaran
- Akan dipaparkan ringkasan maklumat akaun anda
- Kemudian klik WITHDRAWAL HISTORY / Sejarah Pengeluaran
- Klik pada i-Sinar yang terdapat dalam kotak WITHDRAWAL TYPE
- Tarikh pembayaran akan dipaparkan pada MONTHLY RECURRING PAYMENT END DATE
Jumlah Bayaran Bulanan / Perincian Pengeluaran
- Pencarum yang memiliki simpanan RM100,000 dan ke bawah – boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan, dengan bayaran pertama maksimum adalah sekitar RM5,000
- Manakala, bagi pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 pula – boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka, jumlah pengeluaran maksimum adalah RM60,000. Pembayaran turut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum adalah RM10,000.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang semakan iSinar tanpa syarat, sila rujuk hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.
Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000



