Assalamualaikum, peace upon you.
Mengambil sayur-sayuran berdaun hijau gelap, biji labu bijan, kacang brazil dan ikan sangat baik untuk korang yang diserang INSOMNIA. Selain itu pisang dan avokado juga boleh membuat korang cepat lena. Bahan-bahan tersebut mengandungi sarat magnesium dan juga INSOMNIA biasanya disebabkan kekurangan magnesium dalam tubuh badan kita. So boleh lihat Piramid Makanan diatas yang mana patut kita lebihkan dan dikurangkan. Macam shida sendiri kan memang ada masalah INSOMNIA ni sejak dari zaman sekolah lagi so susah nak biasakan tidur awal atau lena. Lepas ni bolehlah cuba info ni mana tahu membantu mengatur pola tidur kita. Nasiblah shida ni jenis tak memilih sayur, semua jenis sayur shida makan :) cuma nak masak tak ada masa hehee :)
Macam tips-tips lain yang shida tahu (sekadar perkongsian) supaya kita boleh tidur lena atau tidur diwaktu malam. Minum milo panas sebelum tidur, jangan minum air kopi atau nescafe sebelum tidur, basuh kaki sebelum tidur dan lebih afdal ambil wuduq ke dan jangan makan lewat malam. Setakat ini saja yang shida boleh share sebab memang shida buat semua ni sebelum tidur. Biasanya shida kalau nak tidur lewat shida buat plan hari apa nak tidur lewat. Tak boleh kerap nanti mendatangkan masalah pada tubuh badan kita, lagi-lagi shida ni seorang pekerja so memang tak elok tidur lewat selalu. Kalau ada kerja mendesign baru shida ambil masa untuk siapkan itu saja :)
Pengalaman tak cukup tidur memang tak best! serius cakap. Lagi-lagi macam shida seorang pekerja juga bukan full time blogger dan designer. Shida pernah jatuh sakit sebab tak cukup tidur, demam berhari-hari sebab hari-hari shida tidur hanya 3 jam sahaja. kalau dah seminggu memang sakitlah badan. Bila dah jatuh sakit baru rasa kesalkan hehee itulah pengalaman shida so korang janganlah cuba memang tak seronok. Dalam demam tu bukan saja demam+pening+muntah dan selsema, pakej maiiii!!

