Assalamualaikum, peace upon you.
Asal gambar dari google. Menusuk kalbu tak tajuk entri kali ni? korang pernah bercinta? pernah dilukai? mungkin ada yang pernah dan banyak sangat pengalaman dan ada juga yang tak pernah alami sebab tidak bermain dengan cinta. Pengalaman shida selama 25 tahun hidup ni, banyak sangat pahit manis bercinta. Kalau kisah cinta monyet banyak juga masa zaman muda mudi dulu kan. Normal lah dulu-dulu bukan kenal erti cinta sebenar. kalau putus pun masih boleh 'cool' lagi. Tapi bila dah semakin meningkat umur semakin kita mengejar dan mencari yang hakiki, maksudnya serius dalam sesuatu perhubungan. Mahukan yang terbaik untuk diri dan masa depan. tapi persoalannya mungkinkah ia berlaku ketika itu??
Orang kata 'sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri' jangankan kata hubungan semasa muda bermasalah yang sudah berumah tangga pun sama tetap akan berlaku dan dilanda masalah jika kita sendiri tidak tahu menjaga sesuatu perhubungan itu. Dalam dunia tiada yang sempurna, ya itu memang benar. sebenarnya yang menyempurnakan perhubungan itu adalah pasangan kita. Sama-sama lengkap melengkapi kelemahan masing-masing sehingga menjadi sempurna dimata masing-masing.
Hari ni shida sedikit sedih, sebenarnya bukan sikit banyak sangat-sangat membuatkan rasa nak menangis pun ada ni. Tapi shida tahan tahan dan tahan sehingga ianya semua selesai. Masalah cinta eh shida?? ya! memang tengah bermasalah dengan cinta dan sidia. Tak tahu macam mana nak memulakannya, dengan harapan dapat bersama dan berbaik semula seperti sediakala. Jika ada jodoh tak kemana. Jika tidak shida redha jika ini jalan dan ketentuannya....................
sekadar luahan perasaan shida, tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang ada mahupun yang sudah tiada. Act inilah punca sebenar kenapa shida mula rasa tak ada mood nak bloging, tambahan lagi kerja office semakin banyak ~ sabar jelah!!
