Terima Hadiah Dari Blogger Syuderis | Menang Contest Riang Raya Bersama Syuderis | Yeay! Yeay! shida gembira kerana terima hadiah lagi bulan ini. Alhamdulillah bulan jun bulan yang baik untuk shida dan suami sebenarnya. Banyak perkahabaran baik sebenarnya yang kami terima bulan ini. Lega!
Pertama sekali shida mengucapkan Tahniah kepada Blogger Syuderis sebabnya berjaya melancarkan contest dengan meriah sekali. Keduanya terima kasih kerana memilih shida sebagai penerima hadiah tempat kedua untuk tiga hadiah utama. Bila nama diumumkan senyum lebar la kita ni hehee.
Tahniah juga kepada pemenang-pemenang yang lain juga Alien Oren, Ako Retna, Naim & Rabia. Semua pun dah terima hadiah masing-masing, yeay happy! Jadi contest yang disebut riang raya ni betullah korang memang riang bila menerima hadiah dari Syuderis ini.
Hadiah dah shida terima dalam 3 hari yang lepas, harini baru berpeluang update hadiah dari Syuderis. Hadiah yang diterima adalah sepasang kain batik tapi kain lembut tau. Bila tengok kan terus shida ada plan untuk kain ini.
Memandangkan duduk rumah pun memang shida tak pakai kain batik jadi bila melihat corak dan warna terus plan nak buat kain kurung untuk kain batik ini. Mungkin boleh guna untuk baju raya tahun 2022. Kain bertemakan warna biru latar dia memang warna kegemaran shida, terima kasih sekali lagi syu.
Inshaa Allah jika tak ada aral akan shida buat baju raya kain batik ni cuma kena cari kain extra untuk buat baju mungkin kain warna tanah yang sama dengan kain batik ini. Tiba-tiba rasa tak sabar nak buat baju raya tahun depan hehee. Sekiranya siap, shida write up okay!
![]() |
| Hadiah : Sepasang kain batik licin, digital tasbih counter & sekeping note dari syuderis. |
Kepada syuderis, terima kasih atas pemberian hadiah yang owesome ini. Saya doakan semoga syu sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Take care and stay safe syu!









