Assalammualaikum, peace upon you.
Selama hampir sebulan shida apply Geniee Ads ni semalam baru dapat ads tag dari pihak Geniee. Mesti semua tanya apa tu geniee kan, sebenarnya geniee ni sebuah syarikat yang sama operasinya seperti Nuffnang, cuma nuffnang ada dalam Malaysia tetapi Geniee ni dalam Asia. Nak claim duit pun guna USD hahaaa.. Shida cuma ambil peluang yang ada, jika ada rezeki boleh lah menjana pendapatan sampingan dengan Geniee Ads ni. Secara keseluruhan belum pasti sebab masih baru dalam Geniee Ads ni, jika perlu atau ada persoalan tentang geniee ads ni biasanya shida google je tak pun tanya kepada sesiapa yang ada pengalaman dengan Geniee Ads ni. Nak apply boleh sekiranya blog korang mempunyai pageview melebihi 100,000, korang boleh cuba apply nanti shida bagi link dia :) Oh ya! shida nak minta jasa korang jika ternampak banner dari geniee keluar iklan mengarut (lucah 18sx atau alkohol) minta korang bagitau shida ye, setakat ni shida tak nampak lagi lah. Jika ada shida kena minta pihak geniee tukar ads tag yang tanpa iklan mengarut tu kan :) mencari rezeki yang HALAL itu wajib dan pasti!
Antara Network yang boleh menjana pendapatan dengan blog
(kira langkah paling mudah & menggunakan banner)
- Geniee Ads ---> https://s.geniee.jp/ssp/v2/en/signup
- Nuffnang Ads ---> http://www.nuffnang.com.my/blogger/register
- Exabytes Network ---> http://www.duniashida.com/2013/02/permohonan-exabytes-telah-lulus.html
- Affliate Reddelima ---> http://www.duniashida.com/2013/10/7-langkah-mudah-menjadi-affliate.html
So setakat ni 4 ni saja yang shida sudah guna semuanya ok boleh menjana pendapatan dengan blog, nak cuba boleh klik link yang shida directkan pada pendaftaran baru kecuali exabytes dan reddelima kena baca entri dulu sebab shida ada review sikit hehee :) Apa-apa tak faham boleh tanya kecuali tentang Geniee shida masih baru macam newbie gitu ;)
