Assalamualaikum, peace upon you.
Siapalah yang edit daaasaattt betul hahaaa^^
Cerita ni dah basi sebenarnya tapi saja shida ungkit balik nak mengisi ruang post yang semakin hari semakin susah shida nak isi. Bukan apa sibuk buat Exam Paper Budak-budak, lepas nak fotostat lagi banyak kerja shida sekarang ni huhuu^^ tak apa kita tinggal dulu kisah shida dan exam paper ni. Kita sambung balik topik Bini Matyo dengan pakcik yang jaga parking ni. Shida dah tengok video Bini Matyo tu memang kurang ajar tahap apa shida tak tahu lah nak kata! walau apa sekali pun pekerjaan pakcik ni jangan lah sampai kita lupa nak hormat dia sebagai golongan yang lebih tua dari kita, dah macam pangkat mak ayah kita dah. Shida geleng-geleng kepala tengok keletah Bini MatYo ni. Rasanya kalau pakcik tu pun dah tak sabar mau dilempang je Bini MatYo tu. Memang tak patut dia buat macam tu. Shida berharap insiden yang berlaku ni menjadi pelajaran dan pengajaran kepada kita semua yang menonton video tersebut. Pakcik tu menjalankan tanggungjawab dia yang diamanahkan oleh syarikat so jangan lah pula ada yang ambil kesempatan diatas kesempitan orang yang kita nampak hidupnya susah yang berlaku seperti pakcik tu. Paling Funny!! pakcik tu sendiri tak kenal siapa MatYo hahaa..sian! tu yang Bini MatYo marah sangat tu kot ^_^ korang mesti ada tengok kan video tu, apa perasaan korang? kalau pakcik tu ayah shida, kasi tampar satu kali!! haa baru tau!!

