Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Nombor Plat 'SYG' Mendapat Bidaan Jutaan Ringgit - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM3.4 juta bagi nombor pendaftaran SYG yang dikeluarkan JPJ Sabah iaitu yang tertinggi mengatasi bidaan bagi nombor pendaftaran ALL sebelum ini. Woww sangat jumlah bidaan tu, mungkin bagi sesetengah pengguna memang sukakan kelainan dari yang lain. Dari pengeluaran kereta tercanggih sehinggalah ke nombor plat kereta yang nombornya unik bagi pembida ini dan menjadi kegilaan kepada si penggunaa yang berkemampuan untuk memiliki nombor siri yang limited edisi ini.
Kata si pembida ini nombor siri ini seakan membawa maksudnombor plat SYG 4111 seperti membawa maksud fancy tulisan jawi 'Allah'manakala nombor plat SYG 8055 pula seperti perkataan 'SYG BOSS'
Kalau bagi shida yang tak berapa have have sangat ni, mampu tengok jelah tak mungkin memiliki lagipun nak membida sampai jutaan ringgit aduhai ^_~ Sebenarnya memang wujud si pengguna yang sukakan kelainan seperti ini. Kadang kala bagi mereka setiap nombor atau huruf itu sendiri membawa maksud tersendiri yang si pengguna sahaja tahu. Kalau berdasarkan pemerhatian shida, 'SYG' kan singkatan untuk 'SAYANG' betul tak heheee ^_^ Bagi korang sendiri, nak ke memiliki nombor plat sebegini?