Assalammualaikum, peace upon you.
Shida dah tangguh banyak segmen yang belum shida blogwalking lagi shida masih hutang. Dekat blog kawan-kawan pun sama. Alhamdulillah mulai 7hb shida dah kerja seperti biasa, ada lah masa dengan blog kesayangan ni :) sorry sangat-sangat dekat korang sebab tak singgah kat blog korang. Esok dah jadi rutin seperti biasa part time blogger sebelum ni jangan kata part time, seminit pun belum tentu shida dapat pegang lappy ni disebabkan kerja banyak balik lewat, letih sangat-sangat :) bagi yang memahami tu terima kasih tau :) bukan shida nak biar asyik korang saja singgah dan komen blog korang, tak pun shida sibuk sementara saja. Ha! esok dah jalan seperti baisa. Banyak juga shida tertinggal aktivi korang ni. Banyak dah melalut shida nak join Segmen dari Apit ni dan di Tag oleh Kisahemasputih.com, thanks dear :)
Shida Asal dari Negeri Perak Darul Ridzuan a.k.a Blogger Negeri Perak
Antara tempat-tempat yang menarik bagi shida setakat ni, shida pernah pergi Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh Perak baru-baru ni, best sangat pergi sana banyak tempat-tempat menarik sesuai sangat-sangat bagi sipenggemar DSLR boleh snap sana sini. Tempat jangan cakap lah memang menarik sangat-sangat rasa nak pergi lagi lepas ni tau sebabnya shida tak pusing habis kawasan tu sebab sampai pun dah lewat petang :) beberapa gambar dari kawasan Gunung Lang.



