Pray For MAS MH370, sayu hati shida dengar khabar berita yang tersebar luas dalam media dan sekarang sudah pun menjadi isu atau liputan meluas termasuklah portal berita nombor satu dunia, The Mail Online sebagai berita utama "Fears 239 may have died in air crash as Boeing 777 mysteriously vanishes over Vietnam two hours after taking off from Malaysia" Portal itu membuat laporan dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan pandangan beberapa pakar penerbangan dan pesawat.
Menurut The Mail Online, jika benarlah pesawat itu hilang, ia mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor.Ini termasuklah malapetaka kegagalan
enjin, juruterbang cuba mengelak pesawat berkenaan daripada bertembung
dengan pesawat lain atau pun mungkin juga disebabkan oleh letupan. Menurut portal berita itu lagi, pesawat MAS MH370 itu tidak
mengeluarkan isyarat kecemasan sejurus sebelum ia dilaporkan hilang dari
radar.Jika ini benar, ia memberi indikasi yang pesawat itu ditimpa
malapetaka tanpa sempat memberi amaran atau isyarat kecemasan.
Untuk jarak penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing, kata portal berita
itu lagi, pesawat berkenaan mempunyai bahan api yang memadai untuk
bertahan tujuh jam di udara tanpa mengisi semula.Tetapi memandangkan ia
masih belum ditemui sehingga kini, logik menyatakan yang ia sudah pasti
kehabisan bahan api jika tidak mendarat sekarang.
Agensi berita China, Xinhua melaporkan yang pesawat itu disahkan hilang
sebelum ia sempat memasuki ruang udara China.Ia membawa 153 orang
penumpang warga China. Sementara itu portal berita BBC World turut melaporkan tragedi ini
sebagai berita utama mereka.Dengan tajuk 'Contact lost with Malaysia Air
plane' BBC turut memaparkan laporan sidang akhbar Ketua Pegawai
Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berhubung kejadian itu dan juga
laporan wartawan mereka secara langsung dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Beijing.
BBC juga memetik Perdana Menteri China, Li Keqiang sebagai berkata yang
beliau telah mengarahkan pihak berkuasa China untuk memulakan prosedur
kecemasan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dan
Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat. Sementara itu koresponden BBC di Beijing, John Sudworth melaporkan yang jadual ketibaan pesawat MH370
itu telahpun dikeluarkan dari senarai papan tanda elektronik Lapangan
Terbang Antarabangsa Beijing selepas ia memaparkan status 'Tergendala'
sejak beberapa jam yang lalu.
Sebuah lagi portal berita popular Britain, The Guardian
(www.theguardian.com) turut menjadikan berita kehilangan pesawat MAS itu
sebagai berita utamanya dengan judul 'Malaysia Airlines lose contact with plane – live'.Malah portal berita ini membuat kemaskini secara langsung dari Beijing dan juga Malaysia.
Visual kehilangan MAS MH370
sedih menyelubungi hari-hari kita, mari lah berdoa kepada mereka yang terlibat #prayforMH370