Assalamualaikum, peace upon you.
Kes ni shida dah tahu masa ada hamba allah dekat FB war-war kan video budak-budak ni. Tahu-tahu pagi semalam dah masuk metro. Alhamdulillah ada pihak yang membuka mata. Kesian shida tengok budak-budak yang tak berdosa ni diperlakukan sebegini. Adakah ibubapa yang menghantar anak-anak dipusat asuhan dijamin keselamatannya? isu sebegini harus dititik beratkan dan harus dijadikan isu penting kerana ia melibatkan banyak nyawa dalam satu rumah. Patut ke diperlakukan sebegitu? tak sanggup shida tengok. kesian sangat-sangat sedih sampai bertampal mulut dan dibedung sekuatnya. Walau apa pun drama yang berlaku dalam kes ini hanya majikan dan pekerja saja yang tahu hal sebenarnya "siapa kianat siapa". Jom tengok video anak kecil yang dibedung dan ditampal pada mulut.
Perhatian pada semua kaum ibu-ibu seMalaysia pastikan korang tahu tahap keselamatan Pusat Asuhan / Jagaan yang korang pilih. Jangan dibiarkan perkara seperti ini berlaku lagi. Tersalah pilih buruk padahnya. Jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran atau iktibar untuk semua keluarga dimalaysia.
disebabkan masalah pengurusan taska anak-anak yang tak berdosa ini menjadi mangsa!! geram shida tengok!! tiada langsung perasaan kasihan pada anak-anak ini. Memang tak berperikemanusiaan langsung! kejam! Anak-anak ini kecil lagi apa yang mereka tahu??
laporan selanjutnya > www.myMetro.com.my

