Assalamualaikum, peace upon you.
Ramai juga yang tanya shida tips macam mana nak tingkatkan earning BE atau CPUV yang melekat kat blog kita ni. Sebenarnya tips ni pun shida dah lama try tapi shida tak berapa yakin then bila shida terbaca blog kak ina menyatakan perkara yang sama so now shida yakin nak share dengan korang tips ni. Rupanya senang je nak banyak earn time dapat BE ni, bukan sahaja BLOGWALKING saja atau UP TRAFIK tapi kita juga kena tahu time bila BE kita atau iklan kekal tu muncul dalam blog kita tu.
Ok shida bagi contoh iklan dalam blog shida ni lah ok, sebab biasa setiap blog memang tak sama shida tengok. Contoh iklan kekal (BE) RHB shida selalu muncul dalam 2 masa iaitu waktu antara jam 11 malam hingga ke pagi kadang pukul2 3 pagi pun masih ada dan masa ke2 waktu antara pukul 11 pagi hingga 1 petang. So time yang BE ni muncul korang kalau boleh try update atau blogwlking sebab BE yang muncul dia kira berapa IP yang masuk dan duit pun berjalan. Kalau korang rasa susah nak update time-time macam tu buatlah auto publish macam shida ni :) dia running dalam berapa ringgit tu shida tak berapa pasti tapi shida cuba juga buat macam ni sekerapnya dan esoknya dia update antara 3 hingga 4 ringgit sehari depend IP yang masuk time tu. So shida pun kekalkan try update ikut BE shida keluar alhamdulillah memang menjadi. Paling lokoi pun dia update dalam 1 ke 2 ringgit itu kalau shida tak update ikut BE tu keluar.
So korang faham tak setakat ni? ini saja yang shida dapat dan kongsikan kepada korang siPencinta BE atau CPUV heheee. So ada juga yang tanya shida murah rezeki BE. Alhamdulillah lah shida pun tak sangka senang dapat BE pula tapi shida update seperti biasa je. Ikut apa yang biasa shida dan korang buat. Tak ada yang luar biasa pun. So korang jangan segan silu untuk cuba ya! Hope lepas ni kita sama-sama meningkatkan BE masing-masing hehee :) tak faham korang komen ya! thanks :)










