Tempat Makan Best Taiping | Big Tas' Tea Taiping | Assalamualaikum wbt, hai korang 😊 Jam menunjukkan tepat jam 12 tengahari. Shida waktu macam ni masih di tempat kerja "orang sunday blues dirumah" tapi shida sunday blues di tempat kerja, tak mengapalah demi anak-anak muridku. Offday shida cuma setiap hari selasa dan cuti umum sahaja, selain hari tu shida bekerja. Okay semalam sabtu memandangkan tak memasak pun kat rumah sebab kerja dari pagi sampai petang, sebelah malam tu suami ajak makan kat luar.
Kebiasaan kami, kalau siapa ajak makan kat luar dia kena decide nak makan kat mana. Sungguh pun tempat makan best taiping ni teramatlah banyak, itu pun kami tak dapat nak decide dengan baik nak makan mana 😅 sebab yerlah kerja nak makan je sampai naik bosan! Lalu encik husben ajak makan western food semalam, terus shida suggest Big Tas'Tea lah, sebab tak pernah lagi cuba makan sana walau pun dan beberapa tahun cafe ni dibuka.
Nampak tak? Cafe ni pernah viral satu ketika dahulu tapi shida buat tak reti je. Nampak sangat shida bukan lah seorang yang boleh dikategorikan "food hunter" atau "food lover" Bagi shida makan je lah apa-apa pun 😂😂 Kalau seorang food lover pantang dengar tempat makan viral mesti terjah dulu kan. So semalam kami berdua ke sana dan menempah makanan kesukaaan masing-masing.
Antara makanan yang kami order semalam, nak makan western ni perut kena standby kosong ya sebab senang nak makan bagi perabis semua jadi tak lah membazir. Semalam pun shida betul-betul makan breakfast saja so malam tu makan memang clear lah hahahaa 😁😁 masing-masing lapar gamaknya! Kesimpulannya makan kat sini bagi shida okay! makanan sedap cuma pasta bolognese tak berapa umph! sebab kuah cair sikit tapi yang lain best! Servis laju itu paling best! tak perlu tunggu lama untuk menu sampai ke meja. 👍 So kalau korang singgah taiping jangan lupa cuba makan kat sini okay! Boleh juga buat tempahan meja di Facebook Big Tas'Tea. Menu tak banyak yang kami order sebab makan berdua saja, side dish tu just nak merasa.