www.duniashida.com ✖
www.shidaradzuan.com ✔
Jadikan shida nak minta jasa baik semua kawan-kawan blogger shida untuk update dekat bloglist korang dengan url blog shida yang terbaru ni ya. Selepas 24 jam mungkin tak kan jumpa dah bagi yang masih guna url blog yang lama tu. Urusan penukaran ni dari semalam malam lagi shida buat tapi dibantu oleh syarikat yang shida beli domain ini (Netkl Network).
Team Netkl Network memang terbaik, staf dorang banyak bantu shida dalam menguruskan penukaran domain ini. Memang shida dari domain lama lagi menggunakan servis netkl dan tak akan tukar ke syarikat lain. Seakrang pun masih kekal dengan Netkl Network sebab servis mereka bagus, telus, teliti dan dipercayai (high recommended).
Semalaman shida tak update sebab pengurusan penukaran ini mengambil masa untuk sedia pulih antara 12 ke 24 jam dan untuk shida boleh edit dan design antara 2 ke 3 jam dah boleh buka blog cuma shida saja biar seharian bagi betul-betul tak ada masalah baru shida buka blog dan run seperti biasa.
Macam mana korang rasa dengan nama baru ni? Okay tak? Shida saja la nak komersial nama sendiri pulak hahaha 😂 Niat nak tukar tu lama dah bila timbul satu masalah pada url blog lama ni yang buat shida pening sikit. Yang pastinya ini yang terakhir, tiada lagi! takmau dah! 😁 Ohya! ini adalah entri pertama dari url blog baru shida yeay!!

