• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Shida Radzuan Blog

Assalammualaikum, peace upon you.
Tutorial Nuffnang : Cara nak pasang kemas iklan Leaderboard Nuffnang untuk si pengguna nav bar | ok kali ni shida nak ajar korang tutorial mudah juga bagi shida pasang iklan nuffnang bahagian LEADERBOARD, dekat mana bahagian tu? haaa macam dalam gambar lah! atas header. Iklan paling menonjol sekali antara tiga-tiga bahagian. Rata-rata shida tengok ada blogger yang suka dengan penggunaan Nav Bar (navigation bar) sebab senang bila nak masuk homepage terus klik login bahagian nav bar tu. Macam shida sendiri kalau nak login terus buka web : www.blogger.com terus buka homepage shida sebab laptop ni shida tak sign out pun huhuu. So cara masing-masing berbeza TETAPI yang kurang sedap memandang setengah blog tu dia pasang iklan nuffnang bahagian leaderboard tetapi kedudukan kurang kemas bagi si pengguna nav bar sahaja sebab iklan berada di atas nav bar so nampak kurang kemas disitu. Jadi tutorial kali ni shida nak korang ubah iklan tu duduk dibawah nav bar macam dalam gambar diatas so baru nampak kemas sikit blog kan. Maybe ada yang tak tahu sebab tutorial yang ada semua kena paste atas <head> untuk kedudukan sebenar kan. Jadi tak pe shida ajar macam nak letak macam dalam gambar diatas tu ok :)

1. Buka bahagian template --> cari kod ini : <b:section class='navbar' id='navbar' maxwidgets='1' showaddelement='no'> (nak lebih mudah guna ctrl+f)

2. Dah jumpa korang paste kod nuffnang (kod bahagian leaderboard) bawah kod yang dicari tadi. Macam dalam gambar yang shida print screen ni. 
3. Lepas tu korang cuba PREVIEW kalau jadi SAVE terus ya. Kalau tak jadi maybe ada salah paste tu :)


Selamat Mencuba! | yang nak request tutorial boleh direct komen shida ya :)

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
   Assalammualaikum, peace upon you.
Seronok pula tajuk segmen dari Adik Lyssa Faizureen ni buat shida terus nak join, Kenapa Aku Berblog? itu tajuk segmen yang perlu shida huraikan dulu tapi sebelum tu kalau korang nak join rasanya tak tahu lah sempat ke tak sebab tutup jam 9 malam ni. Ok kenapa shida berblog? Sebernarnya shida mula buat blog 2009 tetapi buat blog hanya suka-suka, sekadar menulis tentang hati soal hati dan personal. Dulu shida macam newbie sekarang pasang lagu bagai, letak widget sana-sini hahaa^^ memang lawaklah! then sehinggalah shida rasa bosan menulis shida delete blog tu hampir setahun jugalah shida tak buat blog. Sehinggalah tiba-tiba minat berbloging muncul balik dengan harapan nak kan perubahan dan sesuatu.
Shida berblog semula pada tanggal 19 July 2010 iaitu seminggu selepas shida declair cinta sama sidia hehee^^ so rasa dari situ shida serius mahu berbloging, perjalanan rasa seronok lagi bila berbloging sebab nak sharing-sharing macam-macam tau. Sehingga lah shida pandai buat tutorial blog, tutorial nuffnang dan edit-edit blog bagai. Yang menariknya blog shida sehingga sekarang dan sehingga memiliki domain sendiri adalah blog shida yang tak pernah bertukar dengan warna lain iaitu hanya dan cuma ada warna BIRU sahaja. Sehingga kini warna masih menjadi pujaan dan watak utama dalam blog shida tapi personally memang shida suka warna BIRU juga tapi yang pasti bukan aksi biru ya!! selama 2 tahun berbloging memang banyak pahit manis shida lalui bersama-sama dengan blog shida ni. lepas satu satu masalah mendatang tapi dapat diselesaikan dengan aman alhamdulillah :)
Jika nak cerita tentang idola shida ni buat masa ni shida tiada idola atau sumber inspirasi yang kekal. Tapi orang kata sebagai pembakar semangat lah shida suka 3 blogger ini >> Maria Elena, Mialiana dan Ben Ashaari, mereka 3 orang ni shida jadikan sebagai pembakar shida berbloging sebab mereka semua ni berpengalaman dalam dunia blog dan sebenarnya shida suka attitude Maria Elena yang simple dan sempoi! entah suka tengok cara dia, lagi-lagi cara dia berpakaian (menutup aurat) memang respek!! so rasanya itu sajalah sesiapa saja pun shida boleh jadikan sumber untuk pembakar semangat shida asalkan kena dengan caranya saja.
Sementara shida sekarang pembuat tutorial so tujuan utama berblog adalah menjadi pendidik blogger lah, rasa nak teruskan menjadi seperti itu. Memandangkan blog shida kebanyakkannya juga menceritakan hal peribadi dan hal sekeliling jadi agak bercampur aduk sikit content shida. Tapi apa yang penting berbloging suatu pengalaman besar yang tidak dapat shida lupakan dan pengalaman yang ada ni juga mematang shida dari serba serbi, dapat kenalan alam maya yang superb best!! kenalan yang mulanya hanya biasa-biasa sekarang sudah bersahabat baik dan rapat lagi hehee^^ indahnya berblog :)




Share
Tweet
Pin
Share
43 comments
  Assalammualaikum, peace upon you.
Cheque dari Nuffnang yang ke 4 :)
Taaaa daaaa^^ dah sampai cheque yang dinanti-nantikan :) tadi tengahari, balik kerja terus shida bank in dekat mesin deposit cheque. Alangkah bahagianya rasa hehee^^ dan last payment shida tengah tunggu dari blin.gd sebanyak RM112.00 saja. Pihak Blin.gd tak balas lagi email shida dari 3 hari lepas, tak tahu kenapa, jangan cakap tak nak bagi sudah duit tu shida mengamuk karang! bersusah payah shida promot iklan. tunggu 2 bulan nak dapatkan amount sebanyak tu. Shida tak ada idea lagi nak guna duit dari pendapat bloging ni untuk apa cuma yang pasti shida nak buka akaun Mybank dan simpan dalam akaun bank baru tu. Shida fikir dan nak serius duit bloging nak asing. Tak nak usik hehee^^ dah cukup setahun baru cadang nak guna, selasa minggu depan shida cuti boleh lah shida buka akaun Mybank dan transfer balik duit dari CIMB ke akaun Mybank shida nanti :) Rasa excited semacam pula shida rasa hehee :) Shida cuma pakai CIMB itu pun hal kerja sebab gaji masuk CIMB Bank :)

Urusan cheque pun untuk kali ke4 ni shida terasa sangat-sangat cepat sebab payment Advice shida dapat dari Bank HSBC melalui email 1 Oktober 2012 dan Cheque pula sampai kerumah 4 Oktober 2012. Kali ni urusan nuffnang dan penghantaran cheque Nuffnang memang cepat biasanya akan ambil masa 1 week. Macam sebelum ni yang ke 2 dan ke 3 punya cheque agak lewat. Tapi tak apa lah asalkan sampai ke alamat yang betul ke rumah shida. Lega :)

Thanks Nuffnang diatas kepercayaan berbloging memang ada pendapatan sampingan!




Share
Tweet
Pin
Share
35 comments
   Assalammualaikum, peace upon you.
dari sehari-hari nak update tentang says.my ni, hari ni baru tercipta sejarah  ngeehh^^ sejarah buat kali pertama cerita pasal says.my ni. Nak cerita tentang says.my ni sebab syarikat ini juga merupakan salah satu syarikat yang boleh kita menjana pendapatan sampingan dengan mengiklankan iklan-iklan ini di mana-mana laman sesawang di internet. Macam shida juga sudah pun bersama says.my baru 4 bulan macam tu. cashout sudah 2 kali. Itupun sifu shida HAFIZZY FIZ GRAPHIC yang menjadi punca shida join benda ni. Selain Nuffnang, says.my juga merupakan sumber pendapatan sampingan untuk shida dan blog ni. Kadang-kadang nak tempah banner dan sebagainya so tak perlulah susah korang tahan lapar atau kerja OT, guna saja duit dari says.my ni. Mudahkan kadang-kadang juga mampu untuk bayar duit P1 WIFI shida yang jumlahnya sebulan RM96.00 memang mudah dengan says.my segalanya ditanggung. Bagi student juga bolehlah topup ke bayar duit broadband, belanja awek makan-makan ke kan.

Kadang-kadang mesti ada yang tak tahu shida join says.my ni sebabnya Medan Pengiklanan Says.my ni cuma pada Facebook shida saja. Dekat blog khas buat Nuffnang sorang. Tak nak curang hahaaa^^ tak la serabut blog semua jenis iklan ada kan. satu cukup la. Jadi bagi yang masih belum Join Says.my dan ingin menjana pendapatan bersama-sama boleh Join dengan percuma disini > daftar says.my  boleh menggunakan akaun FB untuk daftar mudahkan :) Transaction Fee pun tak mahal sama macam Nuffnang juga RM1 dia tolak dalam akaun tu nanti dan duit akan terus masuk dalam Akaun Bank kita bukan pakai cheque k. SO EASY!

CASHOUT SAYS.MY YANG PERTAMA
klik untuk tumbesaran dengan lebih sihat ^_^ 
Untuk yang pertama kali memakan masa 14hari untuk duit tu masuk terus kedalam akaun bank kita.  Firstime cashout terasa sangat-sangat teruja dan sampai sekarang shida masih bersama says.my. Thank you says.my :)

CASHOUT SAYS.MY KALI KE2
Untuk kali ke 2 ni lagi awal pihak says.my transfer cuma 6hari saja. Tak perlu nak tunggu lama-lama kan. So korang apa tunggu lagi jom la sama-sama kita menjana pendapatan sampingan dengan says.my ni. terbaik!!


  1. nak dengar orang asli speaking english? klik sini >> iklan says
  2. bijak gilerr kucing nih, nak tengok? klik sini >> iklan says
  3. Perempuan ni Buka Baju depan orang pula, bodynatur?? klik sini >> iklan says
  4. Wellness tool, great estern, klik sini >> iklan says

bagi yang klik tu terima kasih, nanti shida pergi tengok kat blog korang pula ada tak yang menarik untuk di klik ^_^ thanks~





Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
   Assalammualaikum, peace upon you.
Macam tak percaya pula naik 1 lagi BE (buffered earnings) setelah 2 BE (buffered earnings) shida merundum jatuh menjadi ME (mettered earnings) tapi shida tabik dekat BE ke 28 shida masih berjaga sampai sekarang hampir 3minggu lebih juga dia berjalan boleh usha entri ini >> BE ke 28 bagi yang tak tahu apa itu BE ME atau pun Nuffnang boleh je belajar berilmu dengan tutorial dan tips yang shida bagi dibahagian tan menu Tutorial atau boleh klik terus dekat sini >> Tutorial Nuffnang. So lepas ni boleh la sama-sama kita menjana pendapatan sampingan dengan Nuffnang hehee^^ walau tak banyak mana dapat tapi lepas lah nak bayar duit broadband ke nak topup ke, lagi-lagi student kan hehee :) thanks Nuffnang untuk BE ke 30 pelengkap hidup blog shida yang hampir ke2 tahun ni :)

jangan lupa join GA shida ok Superb Meriah!! Insyallah :)





Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
   Assalammualaikum, peace upon you.
ok type entri selaju yang mungkin sebab nak tidur sangat-sangat dah ni, Act shida dapat BE lagi dari Nuffnang. Thanks sangat-sangat pada Nuffnang memudahkan perjalanan blog usang ni :) BE yang ke 29 iaitu Maxis iPhone 4S Refresh Extension bunyi macam awesome kan? kalau jumpa jangan lupa klik reramai ya :) Eh! shida nak la iPhone 4S tu hehee belikan Encik Hantu sayang :) hehee~ Shida sebenarnya pada hari Jumaat 18 May, dah dapat BE yang ke 28 tu tapi tak sangka rezeki shida berbuah dua kali dapat lagi hari ni^^ syukrann, shida ada post pada Fanpage shida juga yang shida nak share beberapa tips ringkas untuk korang menuai dari sekarang untuk dapatkan BE (buffered earnings), boleh lah cuba mana tahu rezeki korang pula, dapat tak dapat itu belakang cerita yang penting buatlah dulu apa yang disuruh tinggalkan yang dia tak suruh sama lah macam dalam ISLAM juga kan :) kalau buat yang dia suruh baru lah dapat ganjarannya :) so jom usha beberapa Tips yang boleh pakai ni =)

  • rajin-rajin sikit update blog, dalam seminggu biar ada entri baru dalam 3 4 entri.
  • rajin-rajin sikit Blogwalking (ni yang shida lemahh) hahaaaa :p
  • update akaun Nuffnang tu bahagian > Blogger Bio 
  • dan juga bahagian > Blog manager > update survey/kemaskini tinjauan
  • rasa dah konfiden hantar lah surat cinta dekat Nuffnang cara tekan sini
  • up la trafik sikit tak yah riban-riban cukup sekadar kepuasan sendiri :)
  • update akaun Nuffnang dalam sebulan 2 atau 3 kali, kalau banyak kali lagi best!
  • sekian itu saja tips ringkas dari shida terima kasih =)






Share
Tweet
Pin
Share
33 comments
   Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulilah syukrann berkat shida merajinkan diri update blog lekat pula BE lagi dalam blog serba naif ni. Terima kasih pada Nuffnang sebab masih percaya shida dan blog ini. so setakat ni shida dah ada 2 BE yang tengah berjoget-joget dalam blog ni masa awal bulan Mei shida dapat dari BE dari Digi Jay Park Showcase kali ni yang terbaru TM Kaki Bola Sponsorship. Entah mana tahu shida kaki bola? memang molek benar lah dapat BE ni kan :) Cuma sekarang tak rajin lagi nak blogwalking. tapi kawan-kawan jangan risau sebab shida pasti akan blogwalking memandangkan BE dah dua ni rugi lak tak blogwalking. Ini pun sebab trafik dari SEO yang shida dapat saki baki dari blogger-blogger otai. Dapat juga la kan tak perlu berkerah sangat nak blogwalking memandangkan shida ni sibuk tahap "Perdana Menteri" hahaaa~
Jam dah pukul5.30 pagi shida tak tidur lagi memandang hari ni shida cuti jadi nak lepak je la dengan korang dalam blog ni. boleh?? hehee sambil-sambil tu shida tengah mendesign blog tempahan dari sorang rakan blogger shida ni. Biasa pagi-pagi baru idea menggila keluar sambil-sambil layan mat-mat dalam FB. biasa time-time macam ni lah baru kenal warga facebook yang add shida tapi tak pernah bertegur. Chat list makin berkurangan semua dah ofline pergi tidur sampailah ke nama shida masih duk hijau lagi online huhu..dapatkan tutorial Nuffnang klik sini > TUTORIAL.

rindu pula dekat my Encik Hantu..ouchhhh.. =.=







Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
   Assalammualaikum, peace upon you.
Hari ni awal shida publish entri ni, bukan apa esok shida nak balik kampung sepupu shida bertunang *haihh bila pula turn shida ni, asik pergi majlis orang je kan^^ insyallah kalau ada rezeki bertunang awal la, kalau tak ada tu tunggu je lah sampai ada seru! Ok actualy bukan nak cerita pasal tunang-tunang ni. Just nak inform pada kawan-kawan yang masih belum tukar code Nuffnang yang baru. Sila lah beri perhatian kalau korang rasa nak serius dalam berurusan dengan Nuffnang buatlah seperti yang diminta. Pihak Nuffnang dah lancarkan code baru bagi setiap iklan yang berada di 3 penjuru yang disarankan sejak April lagi. Macam shida pun lambat juga tukar sebab kekangan masa yang terhad kan.

Kelebihan tukar pasti lah banyak. Macam yang shida nampak sekarang. Masa belum tukar iklan selalu tak keluar kadang-kadang "Bad Request"  sekarang dah keluar selalu. Lepas tu shida terasa agak lama Nuffnang kedekut nak bagi BE now dah tukar code baru Shida request terus dapat BE sekarang masih berputar lagi suka tengok dia hehee^^ Itu yang shida nampak la tapi dari segi fungsi lain-lain maybe ada lagi hebat dari itu cuma shida belum tanya lagi pada Nuffnang. Tapi kalau korang masih tak dapat BE atau iklan masih tak nak keluar lebih baik terus email ke Nuffnang sendiri boleh tanya mereka ok, cara nak email Nuffnang shida sudah sediakan pada ruangan Tutorial. Shida membantu mana yang boleh yang lain serahkan pada yang pakar hehee^^ Apa-apa pun shida sarankan korang tukar la mana yang tak tukar lagi tu kan. Lupa step dia? beress shida bantu korang ingat semula ok :)

masuk akaun Nuffnang korang, then click icon ads yang shida petakkan tu ok =)

untuk iklan Leaderboard put on Header 
masuk editHTML >> tick expand widget >> cari kod ini : <body> paste kod nuffnang atas kod yang korang cari tadi ok *lebih mudah carian jika menggunakan  Ctrl+F =)

untuk iklan Skyscraper put on sidebar
masuk page element >> Add a gadget >> ambil HTML/Javascript >> paste saja mudah kan :)

dan untuk iklan yang terakhir Large Rectangle put between contens
sama seperti carian tadi >>editHTML >> tick expand widget >> cari kod ini : <data:post.body/> dah jumpa paste kod nuffnang ini dibawah kod yang korang cari tadi. So dah siap dah boleh save.
Kalau ada yang masih keliru boleh bertanya dengan shida jangan segan silu ya =)

Hope shida dapat membantu anda semua *tak nak lagi di cop SOMBONG pulak!





Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
   Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga BE untuk bulan ini, lama juga shida tunggu nak dapat BE sampai tak bloging shida. Now baru semangat nak update blog tengok BE mencanang-canang naik dalam blog ni. Oh ya tak lupa juga pada sahabat seperjuangan shida iaitu Puan Azizah tahniah! buat mereka yang dapat juga BE yang sama. Tak pun korang pergi check akaun Nuffnang mana tahu nasib kita serupa dapat BE yang sama. sebab ramai juga yang dapat BE ni. BE ke 26 ini adalah dari DIGI JAY PARK SHOWCASE hope BE kali ni kekal lebih lama dalam blog ni. Shida cuba juga jaga trafik sebaiknya :) terima kasih juga pada kawan-kawan yang sudi tak putus-putus datang blog shida ni. Jom blogwalking :) klik TUTORIAL untuk sebarang bantuan dalam Nuffnang :) terima kasih sekali pada Nuffnang, macam tak percaya tak update blog 4hari pun dia bagi BE, ni betul-betul sayang ni hehee. untung sebenarnya jadi seorang yang setia ni. orang kata rezeki masing-masing kan :)


jangan lupa tunggu entri WW shida, nak korang baca fikir dan beri pandangan ok  =)






Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
   Assalamualaikum, peace upon you.
hari ni shida nak cerita sikit tentang NUFFNANG, sebelum ni ada beberapa blogger tanya shida "email nuffnang apa ek" "apa email nuffnang" "macam mana nak dapat email nuffnang" sebenarnya Nuffnang tak ada email yang khas. Tapi cara korang nak berhubung dengan nuffnang dengan satu cara menghantar ticket atau email kepada nuffnang melalui AKAUN NUFFNANG korang sendiri. Tak paham lagi?? jom tengok tutorial shida ni:
2.
1. korang sign in dulu Akaun Nuffnang dan click contact us bahagian tab menu

2. korang tick bahagian "Blogger Enquiries/Suggetions"
3. selepas itu tekan NEXT >>
4. bahagian subject: korang isi la perkara yang korang nak sampaikan
5. tulis isi kandungan dalam kotak yang disediakan tu k
6. type betul-betul verify word yang diberi kalau rasa tak pasti  [reload new image]
7. Submit Ticket korang ok

dah siap semuanya korang tunggu la dalam 48 jam pihak Nuffnang akan reply email korang tu ok :)
selamat ber'email' bersama Nuffnang


"Nuffnang Nak BE baru lah!"




Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
   Assalamualaikum, peace upon you.
Tutorial Nuffnang kali ni mudah sangat-sangat iaitu cara kita nak buang polls pada papan iklan Skyscraper. Jom follow step mudah ini :)
 
1. login Akaun Nuffnang dan masuk "Blog Manager"
2. pilih "POLLS" dan pilih "No"
so DONE polls pada iklan skycraper tak akan keluar. 

> Selamat mencuba <



Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
 Assalamualaikum, peace upon you.
Keywords hari ini dari Nuffnang shida harmi dan blog shida. tapi tapi kenapa blog shida dibawah?? mesti ramai yang mencari keywords-keywords shida harmi kerana kontroversinya dengan Khairul Fahmi atau apex Penjaga Gawang Harimau Malaya kita. boleh tahan juga penangan si shida harmi ni heehee.. ok tiada motif sebenarnya! rasa dah lamakan shida tak buat tips-tips atau tutorial Nuffnang ni. Bukan apa shida pun tak tahu nak cerita apa lagi soal Nuffnang ni. semua tips shida dah bagi dalam Tutorial Nuffnang shida. dari cara nak pasang widget iklan Nuffnang hinggalah cara-cara blog kita nak dapat atau raih Buffered Earnings atau BE. 
Apa itu Buffered Earnings? Buffered Earnings atau nama femesnya yang lain adalah BE merupakan satu iklan kekal yang kita dapat dalam blog. BE juga merupakan earnings yang paling banyak akan kita dapat berbanding iklan-iklan biasa yang ada dalam blog kita. Earnings BE berjalan mengikut jumlah visitor yang berkunjung diblog kita setiap hari iatu yang dipanggil trafik blog. Berbeza pula dengan iklan biasa hanya dikira mengikut perKLIK. kebiasaan 1 klik dikira antara 0.25 hingga ke 0.70 mengikut juga jenis iklan dan trafik blog. Jika trafik blog sehari dalam lingkungan 7k ke 10k anggaran perKLIK yang akan kita dapat antara 1.00 ke 5.00  Biasa blogger-blogger femes dan otai mampu dapat sampai ketahap ini. Ini juga mengikut kajian yang shida buat selama setahun bersama Nuffnang. Kalau salah sila bantu :)
Ada juga yang tanya-tanya shida, macam mana shida buat sampai Nuffnang bertalu-talu bagi shida Buffered Earnings (BE). Macam shida sendiri pun setakat ini shida sudah dapat 22 BE dan 2 kali cashout selama setahun bersama Nuffnang Actually shida tak buat apa-apa yang menarik pun. shida cuma buat seperti pihak Nuffnang sendiri mahukan. Caranya seperti berikut:
  • biasanya shida update blog, maksudnya update entri shida. dalam keadaan sibuk macam sekarang ni, dalam seminggu shida update lebih kurang 4 atau 5 entri seminggu. Boleh dikatakan sehari atau dua hari mesti ada entri yang diupdate. kalau hari-hari lagi bagus.
  • bila shida dah update entri. shida masuk akaun Nuffnang untuk update akaun pula. Biasanya kena update bahagian Blog Manager iaitu update survey/kemaskini tinjauan. cara nak update klik sini > update survey Nuffnang. 
  • pastikan sebelum update survey korang kemaskini blog korang. Entri biar up to date. Jangan nanti dah seminggu asyik entri yang sama. Pihak Nuffnang juga jemu nak tinjau blog korang.
  • bila dah update blog, dah update survey, korang terus hantar ticket pada Nuffnang. Kenapa perlu hantar ticket pada Nuffnang? mudah saja. Bila korang hantar ticket pihak Nuffnang biasanya piahk Nuffnang akan take noted dan menyedari blog korang masih berfungsi dan patut ditinjau :) cara nak hantar ticket pada Nuffnang boleh klik sini > hantar ticket pada Nuffnang.
  • Apa korang nak tanya?? yeahh!! itu soalan yang selalu sangat shida dengar. Niat korang buat semua ni kan nak dapat BE so apa lagi tanya la tentang BE, tanya bila blog korang boleh dapat BE atau sebagainya ok. tak kisah lah dalan BM atau ENG. yang penting dia akan reply dalam ENG hahaaa..
  • kadang-kadang tu juga shida request dalam entri. 
  • BE juga kita boleh dapat dengan cara menggunakan trafik blog yang tinggi, kebiasaannya kehadiran BE juga disebabkan trafik blog. Kalau dapat BE dengan trafik blog yang tinggi earnings juga tinggi. Tak percaya cuba tanya otai-otai Nuffnang.
  • so shida update macam ni lah. korang boleh tengok sendiri tiada tips-tips diluar tabi' atau luar biasa ok. semua shida follow mengikut tutorial yang shida buat sendiri. Bagi yang pertama kali sangat-sangat beruntung. dah update sekali dan hantar ticket pasti dapat BE cuma lambat atau cepat saja. Kadang-kadang ada juga tak perlu buat semua ni blog dia boleh juga dapat BE. Semuanya tertakluk pada rezeki masing-masing.
so apa yang penting korang kena lah perlu bersabar dan berusaha sikit untuk memperoleh sesuatu itu. Insyallah dengan berkat korang bersabar pasti dapat apa yang dipinta atau yang dihajati. Sesungguhnya ALLAH swt juga suka pada umatnya yang bersabar. Tujuan shida buat tips ni shida juga nak kongsi apa yang shida tahu mengenai Nuffnang, nak juga kawan-kawan merasa apa yang shida sudah rasa, bukan niat nak tunjuk-tunjuk atau megah-megah kan. setakat 22 BE dan 2x cashout apalah sangat berbanding otai-otai kita kan ^_^ Nanti ada pula yang kata shida kedekut ilmu dan sebagainya. cuba-cuba lah praktik kan ok! panjang pula entri ni. pandai-pndailah korang baca~ happy reading :)



p/s: tips-tips yang shida beri ini mengikut pemerhatian shida saja, jadi lain orang lain pendapat, terima kasih.



Share
Tweet
Pin
Share
47 comments
   Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah, sayang benar Nuffnang dengan shida kan. tak sia-sia shida update akaun Nuffnang hantar ticket, update survey dan lain-lain.  Nuffnang bagi shida Buffered Earning (BE) ke 22 iaitu Microsft Multi-Product. Shida sendiri pun tak perasan iklan ini.Dalam bulan NOVEMBER ni saja shida dapat sampai 5 BE syukur^^ Kalau korang perasan cuba klik-klik tengokkan apa ada dalam tu. then bagitahu shida ok? ok lah! eh eh :) Disamping shida dapat BE juga, dan dan lah! 2 BE shida sudah ME (meterred earning) nasib earns yang running tu memuaskan. so hanya tinggal 3 BE yang tengah running. Hope dia running berpanjangan AMIN ;)
ini lah SHIDA HARMI yang dimaksudkan shida, aiikk..nama sama la pula. hello! hello! hello! saya SHIDA'R a.k.a SHIDA RADZUAN bukan HARMI ok hehee^^ shida ni sekarang tengah hangat digosipkan dengan penjaga gol Harimau Malaya kita Khairul Fahmi a.k.a Apex. macam-macam lah dunia retis ni. kadang-kadang shida pun tak faham. lepas satu satu hot story dari si Apex ni. Ini lah salah satu gambar aksi panas dari mereka yang tersebar di internet dan media. Harap ia segera selesai untuk maruah masing-masing.
uihh^^ seksinya Shida Harmi ni. para kaum Adam sila sila tutup mata anda jangan dilihat gambar-gambar ini  kecuali gambar Apex hehe^^ tapi tapi bagi habis baca entri shida dulu ok. Lepas tu boleh tutup mata ;p 

cara-cara mendapatkan BE, request BE, update akaun nuffnang, hantar ticket dan lain-lain sila klik sini > tutorial nuffnang



Share
Tweet
Pin
Share
28 comments
   Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah macam tak sangka pula shida dapat lagi BE dibulan yang sama. sekarang sudah ada 4 BE tengah running. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kekalkan trafik blog sekarang earns BE semua dah melebihi RM10. tak lagi campur CTR BONUS shida. harap-harap BE kali ni lama. Terima kasih jugalah sebab kawan-kawan blog shida tak putus-putus berkunjung ke blog shida ni. MAAF juga sejak kebelakangan ni shida agak kurang BLOGWALKING sebab terlalu sibuk dengan hal-hal dirumah. Tugas yang shida pikul sekarang agak berat dah terasa macam bebanan macam sudah berkeluarga pula ^_^ amboiii!! gataii naa!! hahaa^^
Nuffnang oh Nuffnang terima kasih ya! i love u lah!! eh tadi masa blogwalking blog ke blog rasanya Cik Jiejah si minah pink kita ni dapat BE yang sama ADIDAS NEO, tahniah cik jiejah sayang sama lah KITA ^_^ dengan harapan shida kali ini dapat buat yang terbaik untuk blog dan membantu sesiapa didalam kesulitan dalam mengedit blog. harap-haraplah dapat membantu dengan mudah ~
maaf shida akan lebih pastikan blogwalking lagi lepas ni, tunggulah keadaan dirumah kerja dirumah ni dapat distabilkan dalam seminggu ni. ANYAH jangan marah ye ^_^  *nak tips dapat BE sila lihat TUTORIAL shida thank you :)




Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
   Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdullah shida rasa lega walaupun 2 3 hari ni shida rasa macam terasa bengang nak marah fedup semuanya ada lah, nasib lah shida ni penyabar juga tahan saja telinga, orang atau anon asyik cakap yang bukan-bukan dekat shida dan blog yang tak seberapa ni. tak apa lah shida tolak ketepi je soal tu. sebabnya ada cerita lagi menarik dan best dari itu shida nak share kan dengan korang semua :) happy juga rasanya ~
pada selasa lepas entri yang ini ---> klik sini Nuffnang dengan baik hati bagi shida BE ke19 dan hari ni dengan kecoh-kecoh pasal ANON a.k.a HERY buat hal lam blog shida naik pula BE ke 20 berlegar-legar dalam blog shida yang tak berapa indah ni. Alhamdulillah syukur dan terima kasih pada Nuffnang untuk BE Prince Hotel, Taiwanese Restaurant Promotion :) kalau korang jumpa iklan ni cuba klik tengok apa ada dalam tu ya :)
rasanya hujung tahun nanti (2011) shida dah boleh cashout duit Nuffnang ni untuk kali ke3 seronok dan best kerjasama dengan Nuffnang. Dalam menghasilkan earning sambil shida belajar bersabar dan berjimat cermat. mungkin duit kali ke 3 ini shida nak hadiah untuk pemenang GA shida yang akan datang, mungkin shida plan nak buat GA tahun depan (2012) ^^insyallah, sekali lagi terima kasih Nuffnang dan juga pada kawan-kawan blogger yang sentiasa support shida dari shida seorang newbie hingga seperti sekarang :)
untuk tutorial NUFFNANG boleh klik TUTORIAL ditab menu shida Thank You!
amaran keras!! tak faham sila bertanya jangan komplen dulu ya! shida tak berapa suka sikap macam tu :)



Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
     Assalamualaikum, peace upon you.
pelik pula bila shida baca shout orang ni namanya "hery" tak ada link. actually shida tak tahu tutor nuffnang yang mana yang dia tengok then dia tak boleh buat, lepas tu dia salahkan shida pula. Soalan dia pun tak berapa clear "AJAR TUKAR NUFFNANG TU" setahu shida,shida tak ada tutorial ajar tukar nuffnang tu?? tukar apa? Kalau tak tahu tanya bukan komplen itu ini ok. Kalau rasa tutor shida tak membantu dan tak faham, carilah tutor orang lain. itu pun kalau jumpa la. setahu shida tak ramai blogger buat tutor NUFFNANG! 
Dalam dunia ni tiada yang sempurna tiada yang tidak membuat kesilapan so macam shida ni manusia biasa kalau ada tutor shida yang korang tak faham atau kurang faham ok shida mohon MAAF mungkin itu kelemahan yang datang dari shida sendiri. PLEASE! kalau ada tutor yang korang tak faham tak kisah lah NUFFNANG atau BLOG boleh shout atau inbox shida difacebook. Shida tak ada masalah boleh bantu. Cuma cepat atau lambat saja sebab shida pun sejak kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja seharaian. Harap Maklum dan terima kasih :|
agak terasa dengan sikap blogger tu :(



Share
Tweet
Pin
Share
39 comments
   Assalamualaikum, peace upon you.
klik untuk tumbesaran yang berleluasa hehe^^ sebenarnya shida buat tutorial ni untuk newbie sebab ada yang masih confius apa itu Buffered Earnings apa itu Metered Earnings dan apa itu Kempen/Campaign. so boleh lihat terang gambar yang shida print screen tu. Kalau tak faham boleh tanya ya :)
Buffered earnings – Impression yang dibeli oleh advertiser pada sesebuah blog itu bergantung pada traffik blog tersebut.Lagi tinggi traffik blog tersebut mungkin akan menarik advertiser untuk letak bil iklan (impression).
Metered earnings – Himpunan ataupun jumlah nilai kempen buffered yang telah tamat tarikhnya.
Kempen/Campaign – Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC. Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik. Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.



Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Assalamualaikum, peace upon you.











tutorial Nuffnang kali ni masih untuk newbie juga, ada yang bertanya pada shida macam mana kita nak tahu blog kita ada BE atau tak, ada lagi yang masih tak tahu sama ada blog dia pernah atau ada buffered earning. Macam mana nak tahu BE tu ada dalam akaun Nuffnang korang?. apa yang perlu korang buat adalah >> login akaun Nuffnang >> masuk Earnings >> akan dapat gambar seperti dibawah.
So shida terang sikit kat sini, shida bagi gambar print screen kat bawah ni. "klik untuk lebih jelas" so disitu shida da tunjukkan macam rupanya kalau dalam akaun Nuffnang kita terdapat BE (buffered earning) kalau ada tertulis perkataan Buffered Earning macam dalam gambar maksudnya korang ada atau dapat lah BE. Kalau tak ada cuma ada Campaigns sahaja maksudnya tak ada lagi. 

Jadi kalau korang rasa nak BE macam blogger-blogger lain dapat. Cuba lah tips yang shida buat ada pada tab menu TUTORIAL. Amalkan nescaya korang pun ada harapan cerah mendapat BE ni ^_^ selamat mencuba.




Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalammualaikum, peace upon you.
Hai senang shida sejak-sejak ni, berita baik dari Nuffnang. Nuffnang bagi shida buffered earning (BE) yang ke16. Cuma dapat satu saja, syukur!! lama juga shida tunggu selama 12 hari selepas shida cashout earns yang ke2 dari Nuffnang. ini pun shida masih menuggu proses cheque shida. Nasib membership shida Glitterati so tempoh proses cheque hanyalah 30hari (sebulan) tak lah lama sangat, oh ya! be yang shida dapat dari Iklan  Korean Dramas (tonton) terima kasih pada advertiser yang memilih blog shida sebagai iklan CPM :) hope dapatlah lagi BE hehe^^ shida suka bila dapat BE ni, cer citer siapa yang tak suka bila dapat BE hehe^^

Perbezaan membership status  Glitterati dan ahli biasa :
setahu shida selepas seminggu ke 3 minggu reg. Nuffnang selepas itu korang akan dapat status Glitterati, bezanya kalau status biasa tempoh cashout adalah 60 hari bersamaan 2bulan. Kalau glitterati hanya sebulan iaitu 30hari. Status Glitterati juga banyak keistimewaan dia seperti kita boleh join event dan contest dari Nuffnang. Kalau ahli biasa tak layak kot! Dari segi earns juga berbeza kalau glitterati lebih 20-40% earns per-click yang kita dapat berbanding ahli biasa. Glitterati juga layak memohon untuk mendapatkan tambahan servis dari Innit tapi bergantung pada trafik blog masing-masing juga.

ok shida rasa ini saja, rasanya dapat shida kongsi dengan korang. Bagi blogger lain atau newbie yang masih baru dengan nuffnang dan nak tahu bagaimana nak menguruskan Nuffnang. ok sila klik tab menu TUTORIAL shida ada buat sedikit tutor untuk korang semua belajar tentang Nuffnang dan cara nak mendapatkan BE. hehe^^ terima kasih semua :)




Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
Assalamualaikum, peace upon you.
hai semua, ok seperti yang dijanjikan shida nak ajar korang macam mana nak tukar email nuffnang jika email lama korang kena block atau locked dari website itu sendiri. Macam berlakunya dekat shida sendiri, baru-baru ni email shida dari yahoo problem, tak boleh nak login letak password betul dia kata salah and lastly kena block. disebabkan itu shida tak boleh nak terima apa saja info dari Nuffnang kerana semua info dia akan send pada email, email shida pula tak boleh login. So shida nak tukar email baru. caranya seperti dibawah. kalau korang rasa de problem macam shida atau saja-saja nak tukar email baru pada akaun Nuffnang sila follow tutorial shida ok.

1. bahagian SUBJECT : wajib letak title ini >> Update E-mail Request
2. bahagian MESSAGE : boleh type seperti yang ada dalam gambar yang shida print screen tu, perlu letak email baru yang korang nak tukar dan type juga beberapa detail korang seperti no. kad pengenalan dan alamat rumah korang untuk pengesahan. Ingat mesti sama seperti yang korang register dalam nuffnang. Kalau berbeza mungkin pihak nuffnang tak akan update emalil baru korang.
3. proses penukaran email baru 24 jam waktu bekerja sahaja.

selamat mencuba ^_^





Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Older Posts

Its Me Shida


I AM PERAKIAN - A WIFE TO ASNS ♥
FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
| SCROLL DOWN - CONTACT FORM |
.................................................................

Google PageRank Checker

Contact Me

Name

Email *

Message *

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOGLISTED!

  • aziankhalil.com
    Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia
    24 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    November 1, 2026
    9 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Makanan Terbaik untuk Pesakit Diabetes Warga Emas
    10 hours ago
  • Ako Tetap Ako
    ABIN ooo ABIN!!
    11 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Nasi goreng cina
    13 hours ago
  • Farhana Jafri
    Blog Performance Oktober 2026
    14 hours ago
  • SURIA AMANDA
    Pengumuman Top Komentator Oktober 2026
    16 hours ago
  • KasihkuAmani
    Family Mart: White Coffee Sofuto
    16 hours ago
  • Warisan Petani
    Otto Dah Jumpa
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    Mayang Mall, Kuala Terengganu
    1 day ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta Kelas DA di Kudat
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Haiwan atau Binatang Tercipta daripada Apa?
    2 days ago
  • Anies♥You
    Prishtinë, Kosovo: Xhamia e Sultan Murad
    2 days ago
  • Aisya Ismail
    10 Tip Untuk Tidur Lena Dan Segar di Pagi Hari
    2 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    Salam jumaat❤️
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Kalau Tak Kahwin, Nanti Dah Tua Siapa Nak Jaga?
    2 days ago
  • Monolog Kakmim
    Tapi Sayang...
    3 days ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Ikan Jebong Bakar
    3 days ago
  • DANA
    PHOTO DIARY #37/2026
    3 days ago
  • Drawing the Words
    Stylista Is In The House
    4 days ago
  • A M M I
    Dinner di Mohd Chan Seremban Gateway
    4 days ago
  • Syu Deris : Bloging for fun!!
    Innalillah & Al-Fatihah Suamiku
    5 days ago
  • //Perdu Cinta
    BELAJAR DARI ALAM BERJUANG HIDUP
    6 days ago
  • Travelog Syuhada Salleh
    Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!
    1 week ago
  • ... dan aku menulis untuk diri sendiri
    1058 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhirnya (Episod 2)
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Mencuba Kopi Saigon
    1 week ago
  • EJULZ
    Bicara hati
    1 week ago
  • orangbukit
    Live Update : AI Real Estate Summit
    1 week ago
  • blog
    kurang sihat
    1 week ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Di Sebalik Nama SRLavender Studio: Dari Starlavenderluna ke Dunia Kreatif Saya
    2 weeks ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Makan Malam di Gastrohub Nilai
    3 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Takwim Persekolahan Sesi 2027 (Jan-Dec 2027)
    3 weeks ago
  • NaSa
    Piknik pagi di Pantai Sri Tujoh
    4 weeks ago
  • Mia Liana
    The Big Pink Walk Returns As Hard Rock Hotel Desaru Coast Aims To Raise RM100,000 For BCSG Johor Bahru
    4 weeks ago
  • Bola Katok
    Singgah ZUS lagi beli air ube.
    5 weeks ago
  • Yaya Azura
    Hadiah Kecil Tapi Besar Maknanya
    1 month ago
  • Tiara Saphire
    Leftenan Sirena by Rey Amane | Review Novel
    1 month ago
  • BLOG MUMMYINTHEHOUSE
    SERENITY VILLA KEMAMAN
    2 months ago
  • fairusmamat.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    3 months ago
  • thesuraya
    Seikhlas Kasih Ahmad Nanas by Izzraff
    3 months ago
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1448H
    4 months ago
  • Jari Jemari Menari
    Ulasan Buku- Atas Lantai Bumi by Liza Nur
    5 months ago
  • From FAMF Tower
    Wordless Wednesday - Beratur Ambil Bantuan
    5 months ago
  • SayaNaia
    The Killer's Shopping List - Korean Drama
    5 months ago
  • Zarida Ishak
    Sunyi Itu Perlu, Tapi Menulis Itu Rindu
    7 months ago
  • kaellaaaa's
    BLOGGING MASIH RELEVAN KER ?
    7 months ago
  • nanieybarnieylurviey
    Bergambar Di Studio
    8 months ago
  • cik sukα taip
    Kuih Talam Sofuto FamilyMart
    10 months ago
  • Mediana
    CARA KURANGKAN BERAT BADAN KEARAH GAYA HIDUP SIHAT
    1 year ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
    1 year ago
  • The Wonderful Jannah
    Pengalaman Makan di Sate Zul Kuantan
    1 year ago
  • Blog Adianiez
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    1 year ago
  • Si Hati Berbolak-Balik
    harini birthday suami yang ke 30
    1 year ago
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
    1 year ago
  • Atiqah Najihah's Blog
    Selamat Hari Raya Aidilfitri!
    2 years ago
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
    2 years ago
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
    2 years ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    2 years ago
  • insan marhaen
    Bersara Penuh
    3 years ago
  • IbuCida
    Langkah Pertama
    3 years ago
  • Sembang | Kejayaan
    Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah
    3 years ago
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
    Year of 2023 & Rabbit's year
    3 years ago
  • FARIHA JAFRI
    Lirik Lagu : ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)
    4 years ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
    4 years ago
  • Blog Cik TK
    WW 2022/03: RASA MACAM TAK BAIK, TAPI... SEDAP!
    4 years ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci
    4 years ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H.
    5 years ago
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE
    5 years ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    5 years ago
  • Cikgu Badarudin
    6 years ago
  • Lori Sewa Malaysia
    Aircon That Saves Electricity KL & Selangor
    6 years ago
  • The_ramaramapendek
    Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
    6 years ago
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
    8 years ago
  • Ziana Eunos
Show 10 Show All

GENG KUAT KOMEN ♥

Blog Archive

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  May 2023 (1)
      • Aku Masih Ingin Menaip
  • ►  2022 (8)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (4)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (2)
  • ►  2021 (251)
    • ►  December 2021 (6)
    • ►  November 2021 (6)
    • ►  October 2021 (18)
    • ►  September 2021 (29)
    • ►  August 2021 (23)
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (31)
    • ►  May 2021 (11)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (29)
    • ►  February 2021 (31)
    • ►  January 2021 (27)
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (306)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (35)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (318)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (25)
  • ►  2010 (150)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by SRBlog