Terima Kasih Blogger Shikin Razali |
Assalammualaikum wbt.. Alhamdulillah bulan september ni penuh dengan kejutan. Terima kasih shida ucapkan kepada Blogger Shikin Razali kerana memilih shida sebagai blogger pilihan bulanan untuk top komen blog beliau. Lama dah shida tak dapat penghargaan macam ni. Ingat lagi masa time aktif dulu memang shida selalu dapat buah tangan dari kalangan blogger yang aktif masa tu. Sape tak happy dapat hadiah betul tak? Thanks Shikin Razali.
Hadiah yang shida dapat ni berupa storage bag organizer siap ada pesanan ringkas untuk shida lg. Storage bag ni memang banyak kegunaan bagi perempuan terutamanya boleh susun handbag dalam tu supaya bag nampak lebih kemas tersusun dan kurang berhabuk. Shikin macam tahu-tahu je shida memang teringin strorage bag ni sebab handbag shida perlu space yang lebih baik untuk penyimpanan yang sempurna. Terima kasih lagi sekali shikin, semoga awak murah rezeki selalu dan cemerlang dalam apa jua bidang yang awak ceburi.
Cantik kan? maksud shida yang warna biru tu ^_^ hahahaa












