Alhamdulillah, hari ni tanggal 14 Disember 2020 genaplah shida dan suami melayari alam perkahwinan dan rumahtangga selama 2 tahun. Ya! memang banyak liku-liku kehidupan sebenar alam berumahtangga yang kami tempuhi, ada suka dan suka, ada susah dan senang, sama-sama kami tempuhi dengan sabar. Kalau tengok macam pengantin lamakan sebenarnya boleh dikatakan masih baru, macam orang putih kata newlyweds hehehe.
Dalam korang baca entri shida ni, kami tengah bercuti. Percutian ni pula adalah sambutan ulangtahun perkahwinan yang pertama kali kami dapat sambut berdua. Tahun lepas kami ber PJJ selama sebulan setengah dalam tempoh ulangtahun kami, sambut pun guna video call saja hahaa jadi larr. Kali ni tak lepas peluang untuk keluar bersama sejenak tinggalkan dulu apa yang serabut, lepas bercuti kutip balik mana yang serabut alam tu dan pintal balik bagi elok hahaha (boleh gitu?)
Shida ambil kesempatan ini pun sebab pusat tuisyen masih dalam keadaan terkawal. Ikutkan percutian ni kami dah planning awal lagi masa bulan jan dulu sebelum kita dalam wabak covid19 ni. Tapi apakan daya, terpaksa lepaskan percutian panjang yang kami plan dan ambil keputusan untuk bercuti secara dekat dan singkat sahaja. Cukuplah, asal ada masa luang bersama. Walau bagaimana pun, SOP tetap kena patuh, penjarakan sosial, pakai facemask dan kerap cuci tangan lagi-lagi kita berada dikawasan tempat orang.
Gambar ni semasa Akad Nikah dirumah shida, mengenakan baju serba biru lembut dan memang menjadi impian shida nak nikah guna baju warna biru lembut ni, Alhamdulillah tercapai. Kain pasang beli di Jakel dan minta kawan buatkan baju kurung moden berserta lace dia warna grey macth kan dengan tudung dan veil, semua buat sendiri lebih jimat.
Baju Pengantin untuk side perempuan shida mengenakan songket grey, mulanya dah pilih warna dark blue tapi apakan daya tak ada rezeki, pengantin lain dah booking dulu tinggalkan warna grey. Time tu amnbil jugalah sebab satu lagi warna tinggal hijau so pilih juga warna grey. Outdoor masa tu buat di tempat stesen keretapi lama dan taman tasik. Letih juga jadi raja sehari ni, semua nak ambil gambar dengan kita hahaaa rasa macam artis pula 😂