Drama Beri Sedikit Waktu Episod 14 dan Episod 15 (Akhir) | Slot Samarinda TV3
Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 14
Elly menuduh Hananiyah mahu merampas tunangnya Nasir. Hananiyah berterus terang dia tidak berminat dengan Nasir. Hananiyah menasihatkan supaya menjaga Nasir baik-baik. Nasir meminta maaf kepada Hananiyah atas apa yang berlaku. Nasir berterus terang mengatakan dia memang kesiankan Hananiyah semenjak melihat Hananiyah menangis beberapa bulan lalu.
Elly memberitahu kalau Nasir sukakan Hananiyah, dia rela berundur diri dan memutuskan pertunangan. Nasir degan Hananiyah terkejut. Hananiyah geram kerana Farhan mengugut ibunya dan mempergunakan dia dengan Luqman. Hananiyah mahu meninggalkan rumah Faridah. Tetapi Farhan tidak membenarkan dia membawa Luqman bersamanya.
Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 15 (Akhir)
Faridah marahkan Farhan kerana menganiaya Hananiyah dan Luqman. Faridah yang sudah insaf kesalahannya, mahu Farhan membiarkan Faridah pulang bersama anaknya. Farhan boleh membebaskan Luqman dengan Faridah dengan syarat Hananiyah meminta Imran datang menjemputnya dengan wang RM100,000.
Faridah memukul-mukul anaknya kerana mengugut Hananiyah. Hananiyah tidak mahu melakukan arahan Farhan. Dia menyerahkan semua duit yang ada di dalam beg tangannya, serta semua barang kemas yang dipakainya kepada Farhan. Termasuk cincin dan gelang tangan pernikahan yang diberikan Farhan dahulu. Farhan berkata itu semua tidak cukup. Hananiyah serba salah. Dua lelaki yang sangat penting dalam hidup anaknya berada di depannya dan mahukan jawapannya. Siapakah yang menjadi pilihan hatinya?