Drama Beri Sedikit Waktu Episod 10 | Slot Samarinda TV3

by - 12:19:00

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 10 | Slot Samarinda TV3 | Semakin menarik korang drama ni, pun lagi 5 episod dah nak habis. Tak sabar nak scence mereka bercinta dan menjadi sebuah keluarga nanti. Zara Zya dan Aqasha, lama dua pelakon ini tak belakon dan digandingkan bersama. Watak si Imran ni mencabar juga bagi shida, dalam ingin mengatasi penyakitnya dari kisah silam dia, Imran cuba untuk berubah dan menjadi lebih baik. Nampak dia lebih baik keadaanya dan tak sunyi sejak ada Hananiyah dan Luqman. Jom korang teruskan menonton, kalau terlepas boleh tengok shida update setiap episod hingga episod akhir ok.

Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 10
Imran marahkan Hananiyah kerana keluar pada waktu bekerja. Hananiyah memberi alasan dia mahu mengganti mug yang dipecahkan. Imran mahu Hananiyah mengganti dengan mug paling mahal dan sama dengan mug yang mereka sama-sama suka di kedai itu dan mahu enam biji mug bukan satu. Hananiyah terpaksa membeli satu set enam biji mug berharga RM250. Ketika membayar, dia tidak cukup duit. Imran memerhatikan dari luar kedai.
 
Satu malam, Imran terkejut mendengar namanya dipanggil oleh Hananiyah dari arah belakang bahagian rumah. Dia mahu memastikan itu suara Hananiyah, lantas keluar mencari dari mana arah suara itu datang. Akhirnya Imran sampai ke setor dan terkejut melihat Luqman terbaring di situ dan Hananiyah meraung menangis di sisinya.
 


You May Also Like

4 comments

  1. lawak time hananiyah cipta alasan sbb imran nk bawa luqman keluar..hehee

    ReplyDelete
  2. Cepatlah Im kahwin dengan Niya. senang tak ada orang kacau.

    ReplyDelete
  3. Semakin menarik kisahnya kannn

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.