Masa Sangat Mencemburui | Tragedi Lauk Mentah Rosak
Alhamdulillah hari ni dah boleh update seperti biasa, banyak benda nak story mory dekat korang hahaa 😁😁 Okay jawab jujur! ada yang rindu?? hehehee tahu dah takde kan 😅😅 Pada ahad yang lepas pada 13hb sehingga hari selasa 15hb shida pergi bercuti selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor korang. Tujuannya satu je, nak sambut Anniversary yang ke 2 shida dan husben, selain melapang dada dan releas tension kat sana. Yerlah kat sini memang kami allout bekerja sampai takde masa sangat untuk diri sendiri. Shida cuma tinggalkan satu entri khas pada tarikh 14hb disember entri Ulangtahun Perkahwinan Shida & Sharul, itu pun buat shcedule entry.
Tragedi Lauk Mentah Rosak | Hari ni shida masak awal, masak menu simple je disebabkan lauk pauk mentah rosak 3 hari ditinggalkan. Jadi ambil kesempatan untuk update blog sementara tunggu husben balik kerja. Macam mana lauk-lauk mentah ni boleh rosak? Nak dijadikan cerita, masa hari ahad kami nak gerak ke Manjung kan, macam biasala checking checking rumah, suis apa semua ditutup dan tanggalkan, supaya tak berlaku apa-apa yang tak di ingini.
Biasanya plug yang dibiarkan cuma plug peti ais sahaja, yang lain semua tanggalkan. Tapi husben shida ni keliru dengan suis mesin basuh dan peti ais jadi malangnya suis peti ais yang ditanggalkan yang disangka mesin basuh. Memang haru jadinya hahaaa, balik dari bercuti nak buka peti ais jadi ketat, getah dia dah melekat, sekali buka bau semerbak (bau busuk). Apa lagi garu kepala la husben shida 😂 rupanya dia pi tanggal plug peti ais, habis sayur dan lauk-lauk mentah rosak.
Balik malam tu memang tak rehat terus cuci peti ais, sayang sangat dengan lauk pauk tu, bekalan untuk seminggu dua juga tu. Ayam, daging, udang habis semua huhuu maka hari ni masak simple je sambal ikan bilis. Nasiblah balik dari Pangkor ada beli Ikan Bilis Mata Biru. Kami makan itu jela harini, esok lusa baru topup barang basah semula. Sabar jela dengan encik husben ini 😄😄
15 comments
Susah nak hilang bau tu... sebab MY dah pernah gak jadi gitu. Letak daun pandanlah, letak arang lah, letak lemonlah, letak roti lah...
ReplyDelete3 hari memang tidak elok.
ReplyDeletePernah kena begini abah salah tarik plag. Ingat plag TV sekali peti sejuk beku (chest freezer)Memang tidak dapat diselamatkan.
Best cutii2 ker PPangkor. Kak duduk di Sitiawan, Perak dulu2 selalu gi sana. Pernah masuk sukan wakil daerah2 kat sek. China Hwa Lian kalu tak silap... Masa Darjah 5, 6 ... Dah kerja gi Opis Trip pulak stay Pan Pacific entah apa nama hotel nya. Heeee...
ReplyDeletealamak, peti ais klu tutup suis dia mmg takleh nak buat apa dah.. kim salam kepada semua makanan dlm tu hahahaha atie pernah jadi ..
ReplyDeletekalau bnyk sgt plug memang boleh confius yg mana satu. xde rezeki la tu..
ReplyDeleteselamat kembali kak.. :)
ReplyDeleteMesti sayang kan tengok lauk mentah rosak tu. Tak apa lah. Benda dah jadi. Mana tahu, rezeki melimpah ruah lepas ni.. Amiin :)
ReplyDeleteKita! Kita rindu shida! Hihihik
ReplyDeleteBetul. kita memang perlu masa utk keluarga, diri dan komitmen lain. betul lah, masa itu emas, dan kita kena gunakannya dengan perkara yang bermanfaat 😍
ReplyDeletelepas ini sila tulis nama pada plug soket peti ais dan mesin basuh tu dik, kalau tak haru lah jadinya kot tersalah cabut lagi
ReplyDeletebestnya jln2 ke pulau...
penat balik berjalan pastu nak bersihkan peti ais mujur cuma 3 hari kalau seminggu bau dia tu boleh sampai ke luar
Alamak tersilap plug pula
ReplyDeleteAduhaii..pernah jadi juga ni shida pada fiza balik bercuti. tapi bukan sebab salah tutup suis. sebab petir, lepas tu switch utama drop. Penat tak penat, cuci dan terpaksa jugalah buang bahan bahan tu ha.
ReplyDeleteSian kak, dah penat balik bercuti kena kemas freezer pulak..
ReplyDeleteUiiii habis rosak semua. Maybe lepas ni boleh labelkan plak2 yg ada supaya tak salah tutup suis
ReplyDeletetak ada rezeki.. Jenuh juga tu nak mengemas..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.