Alhamdulillah hari ni dah boleh update seperti biasa, banyak benda nak story mory dekat korang hahaa 😁😁 Okay jawab jujur! ada yang rindu?? hehehee tahu dah takde kan 😅😅 Pada ahad yang lepas pada 13hb sehingga hari selasa 15hb shida pergi bercuti selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor korang. Tujuannya satu je, nak sambut Anniversary yang ke 2 shida dan husben, selain melapang dada dan releas tension kat sana. Yerlah kat sini memang kami allout bekerja sampai takde masa sangat untuk diri sendiri. Shida cuma tinggalkan satu entri khas pada tarikh 14hb disember entri Ulangtahun Perkahwinan Shida & Sharul, itu pun buat shcedule entry.
Tragedi Lauk Mentah Rosak | Hari ni shida masak awal, masak menu simple je disebabkan lauk pauk mentah rosak 3 hari ditinggalkan. Jadi ambil kesempatan untuk update blog sementara tunggu husben balik kerja. Macam mana lauk-lauk mentah ni boleh rosak? Nak dijadikan cerita, masa hari ahad kami nak gerak ke Manjung kan, macam biasala checking checking rumah, suis apa semua ditutup dan tanggalkan, supaya tak berlaku apa-apa yang tak di ingini.
Biasanya plug yang dibiarkan cuma plug peti ais sahaja, yang lain semua tanggalkan. Tapi husben shida ni keliru dengan suis mesin basuh dan peti ais jadi malangnya suis peti ais yang ditanggalkan yang disangka mesin basuh. Memang haru jadinya hahaaa, balik dari bercuti nak buka peti ais jadi ketat, getah dia dah melekat, sekali buka bau semerbak (bau busuk). Apa lagi garu kepala la husben shida 😂 rupanya dia pi tanggal plug peti ais, habis sayur dan lauk-lauk mentah rosak.
Balik malam tu memang tak rehat terus cuci peti ais, sayang sangat dengan lauk pauk tu, bekalan untuk seminggu dua juga tu. Ayam, daging, udang habis semua huhuu maka hari ni masak simple je sambal ikan bilis. Nasiblah balik dari Pangkor ada beli Ikan Bilis Mata Biru. Kami makan itu jela harini, esok lusa baru topup barang basah semula. Sabar jela dengan encik husben ini 😄😄

