Hello December!

by - 06:30:00

Hello December! Gaaissss dah masuk bulan december okay! Risau masih ada dengan ekonomi dan penularan yang belum habis dan kita masih belum menang. Bulan december ni juga adalah bulan yang terakhir bagi tahun 2020. Apa yang shida boleh kata, shida belum puas untuk tahun 2020 ni. Ingat lagi bila kata tahun 2020 rasa macam tahun yang era serba baru, zaman milleania gaiss. Tapi bila dah masuk tahun 2020 tak sangka negara kita dilanda wabak virus berjangkit ini, bukan saja negara kita malah seluruh negara terkesan. Sabar ye gais!

Kebiasaan juga bulan disember ni bulan ramai mengadakan kenduri kendara, bulan ramai pergi holiday dan bermacam lagi aktiviti yang boleh dilakukan sinonim dengan bulan cuti persekolahan, betul tak. Tapi apa kan daya kita. Bulan ini juga bulan sambutan Hari Krismas bagi yang beragama kristian tetapi apakan daya jua sambutan juga secara bersederhana sahaja seperti perayaan yang lain sebelumnya.


Bulan disember ini juga amat berkait rapat dengan kehidupan baru shida sekarang. Kenapa shida kata begitu? sebabnya dalam bulan ini juga shida akan menyambut hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 2 pada 14 Disember 2020 nanti korang. Planning belum ada lagi disebabkan negeri perak masih dalam PKPB sehingga 6 disember 2020. Selepas itu, baru nak planning sekiranya PKPB tak bersambung, berharap sangat tak sambung lah. Kalau tak berhuhu dirumah 😅

Tahun lepas pun tak dapat sambut sebab masa tarikh 14 disember 2019 kami ber PJJ selama sebulan setengah sebab shida dah pindah dulu duduk taiping. Manakala husben shida masih di Beruas selesaikan apa-apa yang patut sebelum pindah sepenuhnya di Taiping. Pada 2 Januari 2020 baru husben balik dan kami bertemu setelah ber PJJ selama sebulan setengah. Cuma dapat celebrate birthday shida saja time tu. Berharap tahun ni dapat lah celebrate pergi mana-mana yang terdekat kan 😊 Masih berharap!


You May Also Like

12 comments

  1. samalah bulan anniversary kita shida... kakmim 13 dis... hihihi

    ReplyDelete
  2. Betul kak, sejak hadir wabak ini semua berubah 360 darjah. Semoga tahun hadapan lebih baik dari tahun sebelum ini. Dengan harapan Allah menngangkat wabak ini

    ReplyDelete
  3. tahun 2020 hampir berlalu kan sekejap aje masa berlalu.. wah masih mood honeymoon lagi shida ni

    ReplyDelete
  4. tahun ini terasa cepat berlalu tanpa ada banyak aktiviti yg dibuat.... moga tahun 2021 masalah covid19 ini dapat di atasi dan makin terkwal... lemas rasanya bila semua tak boleh buat

    ReplyDelete
  5. dah akhir tahun...wedding annivesary - event yg paling ditunggu..

    ReplyDelete
  6. ye betul tu, please be good! semoga 2021 lebih baik!

    ReplyDelete
  7. wahhh.. happy anniversary in advance to u n husband, b appy till jannah :)

    ReplyDelete
  8. Moga Perak tak sambung la PKPB nanti.
    Kat Sabah ni masih tak nampak cahaya naik ke PKPP, masih stage PKPB sekurangnya pertengahan bulan ni. Kalau sambung awal tahun depan pun dah tak terkejut.
    Tapi bolehlah ada more family time sama jimat cermat lifestyle.

    ReplyDelete
  9. Inshaa Allah kaka..moga baik2 semuanya :)

    ReplyDelete
  10. last month of the year kan , hmmm home 2021 will be good to all of us :)

    ReplyDelete
  11. boleh plan dah tu shida nak bercuti dekat dekat..kejap je 2 tahun dah kan.

    ReplyDelete
  12. Kejap je dah nak habis 2020 kan.. daripada start pkp sampai sekarang. Rasa sekejap sangat dah disember. Kehidupan kita berubah dengan norma baru. Plan bercuti kena tangguh dulu. Event2 pun tak ada macam biasa.. most of the time duduk rumah.

    Secara positifnya, duduk rumah dapat banyak masa spend dengan family dan dapat buat apa yang kita tak dapat buat sebelum ni dan mencuba benda2 baru dirumah.

    Tapi harap tahun depan menjadi lebih baik dari yanh sekarang. Semoga dunia pulih dari keadaan ini.

    Btw, happy anniversary yg kak shida!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.