Tonton Online : Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 12
Rose merasa lega kerana Ezlan kembali patuh kepadanya. Terlanjur berbual, Rose bertanyakan Laila tentang penceraiannya dengan Hadi. Akhirnya Laila mendedahkan yang dia telah berbohong yang Hadi adalah an abusive husband. Sebenarnya dia turut menggunakan minyak senyonyong ke atas Hadi namun perkara itu dapat dihidu oleh Maisarah.
Terbongkar segalanya apabila Laila sendiri memberitahu yang sebenarnya dialah yang merampas Hadi daripada Maisarah. Hadi yang telah mabuk kepayang memberikan wang dan kemewahan kepada Laila termasuklah syarikat Hadi yang kini menjadi miliknya. Naim bertemu dengan Hadi untuk mengetahui punca penceraian dengan Laila.
Akhirnya, Hadi dan Maisarah bertekad untuk membantu Ezlan yang sudah terkena sihir Laila. Hadi akur, Ezlan perlu di bantu dan Laila harus sedar yang dia telah menyimpang daripada landasan agama. Kini Naim, Pian, Mak Lang, Hadi, Rose berganding bahu untuk membantu Raihani dalam misi menjatuhkan Laila.
Tonton Online : Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 13
Rais hairan lalu membuka botol itu lalu terhidu akan bau yang sangat wangi seperti bunga-bungaan. Ain turut mahu menghidu bau itu, terjadilah adegan tarik-menarik botol antara mereka tanpa disedari botol kecil itu terlucut jatuh dan minyak tumpah diatas lantai. Ketika itu, Laila pulang lalu memarahi mereka berdua tanpa disedari botol minyak kepunyaannya itu telah ‘memasuki rumah’.
Sejak daripada itu, Laila rasa tidak tenang, anxiety, panas dan rimas berada di dalam rumah. Ezlan turut perasan dengan perubahan sikap isterinya itu. Pada masa yang sama, Pak Darus dan Mak Wan turut terhidu bau-bau busuk sekitar rumah. Ketika menjelang malam, kehidupan mereka diganggu oleh kelibat-kelibat di sekitar rumah.





