Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 12 dan 13

by - 00:43:00

 Tonton Online : Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 12

Rose merasa lega kerana Ezlan kembali patuh kepadanya. Terlanjur berbual, Rose bertanyakan Laila tentang penceraiannya dengan Hadi. Akhirnya Laila mendedahkan yang dia telah berbohong yang Hadi adalah an abusive husband. Sebenarnya dia turut menggunakan minyak senyonyong ke atas Hadi namun perkara itu dapat dihidu oleh Maisarah. 

Terbongkar segalanya apabila Laila sendiri memberitahu yang sebenarnya dialah yang merampas Hadi daripada Maisarah. Hadi yang telah mabuk kepayang memberikan wang dan kemewahan kepada Laila termasuklah syarikat Hadi yang kini menjadi miliknya. Naim bertemu dengan Hadi untuk mengetahui punca penceraian dengan Laila. 

Akhirnya, Hadi dan Maisarah bertekad untuk membantu Ezlan yang sudah terkena sihir Laila. Hadi akur, Ezlan perlu di bantu dan Laila harus sedar yang dia telah menyimpang daripada landasan agama. Kini Naim, Pian, Mak Lang, Hadi, Rose berganding bahu untuk membantu Raihani dalam misi menjatuhkan Laila.


 

Tonton Online : Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 13

Rais hairan lalu membuka botol itu lalu terhidu akan bau yang sangat wangi seperti bunga-bungaan. Ain turut mahu menghidu bau itu, terjadilah adegan tarik-menarik botol antara mereka tanpa disedari botol kecil itu terlucut jatuh dan minyak tumpah diatas lantai. Ketika itu, Laila pulang lalu memarahi mereka berdua tanpa disedari botol minyak kepunyaannya itu telah ‘memasuki rumah’. 

Sejak daripada itu, Laila rasa tidak tenang, anxiety, panas dan rimas berada di dalam rumah. Ezlan turut perasan dengan perubahan sikap isterinya itu. Pada masa yang sama, Pak Darus dan Mak Wan turut terhidu bau-bau busuk sekitar rumah. Ketika menjelang malam, kehidupan mereka diganggu oleh kelibat-kelibat di sekitar rumah.


You May Also Like

20 Jari Ohsem

  1. rupanya cerita ni kisah sihir suami isteri... mst best tp kakmim x sempat lg tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan itu je kakmim..siap merampas rampas lg huhuu

      Delete
  2. Wah minyak apa yang ada dalam botol itu?

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tengok Laila dapat balasannya. baru dia tahu akibatnya.

    ReplyDelete
  4. Akak penakut so blom cuba tengok lagi..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee kena ajak teman tgk skali kak 🤭🤭

      Delete
  5. Tak sabar nak tunggu episod last. Tak sangka pulak Ezlan dgn Laila tu dah terlanjur sebelum Ezalan kawin. Patutlah si Laila tu jadi macam tu.

    ReplyDelete
  6. semakin menarik jln cerita ni..x sabar nk tgk habis..

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nk tgk episode seterusnya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.