Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 9

by - 23:21:00

 

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 9 | Korang tau scene ini, memang giler lah! Laila tanya Ezlan bagaimana cinta Ezlan terhadap Laila. Laila kata kalau cinta "Awak jilat tapak kaki saya" Nasib anak-anak Ezlan masuk time tu, terus tak jadi aksi jilat tu tapi yang jadi mangsa anak-anak Ezlan sebab mengganggu. Anak Ezlan Si Ain tu kena gangguan sampai demam dirumah Laila.

Pian pula terpaksa kahwin juga dengan Rai disebabkan nak jaga maruah keluarga. Walaupun masing-masing tak bersalah dan masih mencintai pasangan masing-masing. Dalam situasi ni kesian juga pian dan Rai tapi itu lah, si Pian pula asyik nak kesiankan Rai, Rai pula bila Pian datang rumah mesti jadi sesuatu kesian sungguh nasib Rai, dengan di ganggu hantu si Laila lagi.

Ezlan lantas menumbuk dan memukul Pian bertalu-talu wakalupun Pian berulang kali mengatakan dia tidak berlaku buruk terhadap Raihani. Raihani yang masih trauma cuba memberitahu Ezlan yang dia telah diganggu oleh satu lembaga ketika mandi dan Pian Cuma menyelamatkan dirinya yang sedang trauma. Ezlan yang berada di luar kawalan lantas melafazkan talak kepada Raihani. 

Perkara itu telah disaksikan oleh Laila, Pak Salleh, Mak Lang dan anak-anaknya. Laila rasa puas dengan tindakan Ezlan. Dia bertemu dengan Raihani, tanpa pengetahuan Ezlan. Laila mengatakan yang dia sanggup lakukan apa saja cara demi mendapatkan Ezlan. Raihani telah dapat mengagak perbuatan kotor yang dilakukan oleh Laila untuk memecahbelahkan rumahtangganya.

Tonton Onlie : Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 9 

 

You May Also Like

16 Jari Ohsem

  1. Dah lama dah tak layan drama melayu ni tapi drama ni not bad hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau seram mistik saya pun suka..πŸ˜ŠπŸ‘

      Delete
  2. Nanti uncle cari cuba tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgknkt iq je uncle..klik link shida bg tu..

      Delete
  3. aaaa baru episode 9 ke, lamanya nk tggu lagi ni

    ReplyDelete
  4. Nasib baiklah anak anak dia masuk. Tak pasal suruh jilat tapak kaki pulak. entah apa apa Laila tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal fiza..dasyat lah si ezlan ni kena dgn laila..

      Delete
  5. Itulah makin mengeruhjan keadaan si Pian. Patut minta tolong orang lain untuk bersama-sama dia elak fitnah.

    ReplyDelete
  6. Betul..cara pian pun salah..sabar jelah πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  7. Hadoi.. hadoi.. ngeri pula tengok babak laila dengan ezlan di katil tu.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa xde pape yg berlaku..mujur sgt 🀣🀣

      Delete
  8. laila ni kalu ada dpn sy mau kn lempangπŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa sabaq anies 🀣🀣🀣

      Delete
  9. semakin menarik jln cerita ni..x sabar nk tgk habis..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.