Bulan Mac Yang Sempurna 5000 Dalam Tangan!

by - 07:00:00

 

Bulan Mac Yang Sempurna 5000 Dalam Tangan! | Punyalah happy hari ni sebabnya dah masuk bulan baru dah korang. Banyak perkara yang shida happy sebenarnya macam-macam hal yang berlaku sepanjang februari ni, ada yang shida tak mampu nak share dengan korang pun ada, tapi tak mengapa asalkan korang tahu shida happy cukup 😁😁

Bulan Mac ni bagi shida bulan yang sempurnalah dari segala segi, kira macam plan shida sedikit mengena dalam episod kali ni, hat ni pun shida tak mampu nak share juga tapi tapi Inshaa Allah jika ada khabar baik yang berterusan bakal shida share dengan korang nanti ya. Ermm macam tak sabar pula nak share hahahaaaa 😂😂 sabar dulu.. sabar!

8 Mac 2021 nanti shida dah mula bekerja seperti biasa tau, sekolah pun mulai hari ni dah mula beroperasi mengikut kategori yang dijadualkan oleh KPM. Harapan shida moga kali ini berjalan dengan baik lah! Setelah adanya vaksin ni takde lagi penutupan kerana PKP atau kenaikan kes yang mendadak sebab shida dah tak sanggup nak rehat terlalu lama lagi dirumah. 

Apa yang 5000 dalam tangan tu? Amboi yang baca tajuk je mesti ingat shida menang loteri ape je eh hahaha, dak dak korang sebenarnya kan penantian yang shida dambakan iaitu kemunculan follower ke 5000 shida yang dinantikan dari tahun lepas lagi dah pun tercapai. Alhamdulillah korang! Nampak tak kat gambar yang shida screen short tu Follower 5000 Bertuah Shida adalah Blogger Wak Lat korang! Tahniah Wak Lat kerana menjadi follower dambaan saya yang ke 5000, lama tau saya tunggu haa!

Dengan ini, secara rasminya shida akan menjalankan satu giveaway blog dalam masa terdekat ini. Terima kasih wak lat kerana memenuhi hajat saya ini, minta jasa baik wak lat untuk email shida butiran seperti NAMA + ALAMAT + NO.TEL untuk pemberian sedikit saguhati untuk wak lat, email tau! shida tunggu ni 😊 Untuk kawan-kawan yang lain yang memang dah follow shida sebelum ni ucapan terima kasih juga shida ucapkan ya! Jangan lupa join giveaway shida nanti tau!


You May Also Like

17 Jari Ohsem

  1. Memang ada perasan pengikut Shida sudah 5 000. Tahniah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada Wak.. hehe. Kami tunggu pengumuman dari kak. :P

    ReplyDelete
  3. Tahniah Shida. Finally mencapai angka 5000. Alhamdulillah banyak berita gembira tu. Tumpang happy gak :)

    ReplyDelete
  4. tahniah! bloggers support bloggers..

    ReplyDelete
  5. walawehh., tak sangka jugak wak dpt menunaikan hajat cik shida dgn sempurna., kihkih., nnti wak emel detail wak ye., tungguuuuuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay cik shidah., hadiah bantal dh smpi., wak dh updet dlm blog ye., terimakasih bebanyak., tanpa kawan2 yg best spt cikshida saperlar wak yg ini kann., khannns., ;p

      Delete
  6. Alhamdulillah. Seronok tengok orang lain hepi. Ingat gaji naik ke Rm5k tadi. Selamat bertugas! Have a happy March!

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak ..dah 5001 follower blog akak :)

    ReplyDelete
  8. wah tahniah kak!


    yeah ada giveaway nanti..nak joinnn..kikiki

    ReplyDelete
  9. Tahniah Dan yeah dah bulan baru hopefully things going well utk kita semua

    ReplyDelete
  10. wahh akhirnya ketemu juga dgn angka 5k tu..yeayyy

    ReplyDelete
  11. Yay!! 5K byk tuuuu kak shida!!! congrats

    ReplyDelete
  12. wahhhhh 5k ko...ammi nak ada 300 pun jenuhhh haha

    ReplyDelete
  13. woww tahniahh kak shida.. 5K followers :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.