Nasi Goreng Bunga Kantan Bersama Ikan Bilis

by - 17:33:00

Nasi Goreng Bunga Kantan Bersama Ikan Bilis | Pagi tadi shida terlebih rajin! sebabnya rasa semak sangat mata tengok bunga kantan duk berendam dalam bekas tak guna-guna tu haa. Daripada dia rosak macam tu je moh ler kita buat Nasi Goreng menggunakan bunga kantan ni. Apa yang shida suka buat nasi goreng versi ala-ala kerabu ni sebab bau (bunga kantan) dia sangat wangi.

Resepi asal ni sebenarnya dari adik shida yang bongsu tu, dia kalau bab mereka resepi bagi kat dia tapi rasanya semua sedap-sedap! Semalam malam shida masak nasi, pagi ni dah boleh buat nasi goreng jadi jimat duit nak beli breakfast. Biasa hari minggu shida kerja pagi so kalau malas nak buat breakfast biasanya shida beli saja untuk shida dan encik husben ni.

 

Bahan-bahan Nasi Goreng BKBIB:

  1. Ikan Bilis (ikut banyak mana nak letak) digoreng siap then letak tepi dulu
  2. Nasi 2 pot siap masak (nasi banyak ni biasa untuk 3 ke 4 orang makan)
  3. Bawang besar saiz sederhana 2 biji **dihiris nipis
  4. Bawang Holland saiz kecil 1 biji **dihiris nipis
  5. Bawang Putih 4 biji **dihiris nipis
  6. Cili Padi 6 biji (nak lebih pedas boleh tambah lagi) **dihiris nipis
  7. Cili merah 2 biji jika besar sebiji cukup **dihiris nipis
  8. daun limau purut 3 helai **dicarik buang urat
  9. Bunga kantan 2 batang **dihiris nipis
  10. Baby Jagung 1 paket kecil **dihiris nipis
  11. Sos Ikan 4 sudu besar
  12. Kiub Ayam 1
  13. Minyak untuk menumis
  14. Gula + garam secukup rasa **ikut pada rasa masing-masing ya!

 

 Cara Penyediaan (memasak) :

  • Selepas dah cuci ikan bilis korang goreng dulu ya ikan bilis dan letak ketepi dahulu. Nasi tu korang lenyek ke ramas ke bagi dia jangan pejal dan letak siap garam dan gaul sekali. Tuang minyak dalam kuali tumis dulu bawang-bawang yang dihiris nipis bersama cili padi dan merah.
  • Bila dah naik bau, bawang-bawang dah sedikit layu masukkan pula sayuran tadi baby jagung, bunga kantan dan daun limau. Gaul-gaul bagi sebati, masukkan pula sos ikan dan kiub ayam. Sos ikan tu kalau tak cukup boleh tambah ya. Ikut masing-masing punya kuantiti bahan.
  • Bila semua bahan dah naik bau, masukkan gula dan boleh lah masukkan nasi gaul dan kacau rata nasi tu. Pastu korang rasa lah, jika ada yang kurang perasa bagi cukup rasa ok. Bila dah siap semua boleh tutup api dan masukkan ikan bilis yang goreng tadi gaul-gaul boleh dihidangkan. Cadangan menu ni untuk 4 orang makan. Lauk pula boleh ditukar atau digantikan dengan lauk lain seperti sotong, ayam, udang. Okay selamat mencuba korang!

 

You May Also Like

36 comments

  1. thank you for sharing! boleh cuba masak kt rumah sewa ni hehe

    ReplyDelete
  2. Wak banyak bunga kantan
    tapi tak pernah campur nasi goreng lagi.

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaaaaaaa nasi goreng ada ikan bilis ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, kak suka juga nasi grg ada ikan blis, sbb tukar kpda ikan blis..ikut resepi asal buh sotong hehee

      Delete
  4. Wah boleh buat juga. Terima kasih beri idea. Di rumah memang ada tanam bunga kantan dan daun limau purut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila buat nanti share hasilnya ya..tq NA 😊

      Delete
  5. Replies
    1. Betul syaz..mmg wangi je bila dh msk bunga kantan..

      Delete
  6. First time dengar resepi ni. Kalau ada bunga kantan lebih boleh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi ni lebih dikenali dgn pgilan nasi goreng kerabu sal..

      Delete
  7. Lapar betul pukul 2 pagi ni. Tengok pula entri nasi goreng ni. Emmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa..shida pun sama juga..kalau tgk makanan tgh mlm..terliur hahaa 🤣

      Delete
  8. Nasi goreng rare ni shida. kalau Fiza terpaksa perati je sebab kurang sikit dengan bunga kantan. bau dia kuat tu yang dulu tak makan. sekarang boleh terima sikit sikit. Nak rasa tu bolehlah :) Tapi bunga kantan cantik bunga dan warna dia.

    ReplyDelete
  9. kalau bunga kantan mcm ni atie takleh nak makan huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke..xlalu eh..sepesen dgn kak fiza la tu 🤣🤣

      Delete
  10. Tak pernah lagi buat nasi goreng dengan bunga kantan! Boleh try nanti ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la cik TK pasti sedap kalau cik TK yg masak heheee

      Delete
  11. sedapnya..mesti harum baunya..

    ReplyDelete
  12. Wah.. Sedapnya nasi goreng Shida.. Meh anta sini sepinggan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh anta..dah anta dah..kita se negeri je ni heheee 🤣🤣

      Delete
  13. wah terasa kat tekak ni AJ.. sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. AJ pun boleh hehehee mama ni ade2 je 🤭🤭🤭

      Delete
  14. eh.. shida sowi.. haha salah nama pula

    ReplyDelete
  15. Waaa. Siap ada bunag kantan. Tu hari ada semai anak bunga kantan, tak menjadi pulak.. Ebtah mana silapnya, pokok tak tumbuh lalu mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalaa tu yg x kena..saya pun xpndai sgt bab2 tanam menanam..

      Delete
  16. bunga kantan? menarik nampaknya nasi goreng ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.