Seminggu Yang Sangat Sibuk

by - 07:00:00

 

Seminggu Yang Sangat Sibuk | Kalau tengok gambar ni Ya Allah sibuknya beliau! Begitu juga lah shida, sibuk teramat amat dah. Sampai tak ada masa nak menaip dengan sendiri. Maaf lah korang seminggu ni shida kurang update hal-hal peribadi, kurang blogwalking dan bertegur sapa dengan kawan-kawan bloging shida ni, siapa? koranglah yang tengah baca ni 😍

Berbalik pada entri seminggu yang lalu shida ada mention tentang kesibukan yang bakal shida hadapi dalam minggu bermulanya bekerja. Pusat Tuisyen shida dah kembali operasi seperti biasa, Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan dari ibubapa. Ramai dah yang datang daftar dan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Lega pun ada sebab apa yang di plan berjalan dengan baik, Alhamdulillah!

Isnin 8 Mac 2021 yang lalu ya shida dah mula bekerja, esoknya pula cuti atau offday pusat tuisyen. Encik husben last minit plan untuk pulang ke kampung setelah beberapa bulan tak jenguk mertua di kampung, ya memang rindu tapi apakan daya tak boleh rentas daerah pun. Bila umum je dah boleh merentas daerah terus kami ambil peluang jenguk orang tua dikampung, kami tido semalam juga.

Kebetulan juga selasa tu kami menyambut Hari Jadi Adik Ipar yang bongsu berjumpa jugalah sebelum dia balik sambung study di Universiti kat Pahang, lepas ni entah bila boleh berjumpa dengan dia. Tido semalam rasa tak cukup je tapi apakan daya rabu petang shida dah kena masuk kerja semula. Rushing juga selasa petang sampai rumah mertua, rabu tengahari dah gerak balik.

Khamis pula, shida ada temu janji dengan Fateha Home Deco, part ni shida juga pernah cerita dengan korang. Shida nak menempah set langsir untuk rumah shida ni, dah lama mengidam nak langsir yang sempurna untuk rumah. Alhamdullah tercapai juga, part langsir ni nanti shida share lain entri ya. Hasil langsir dari mereka memang tip top! berpuas hati sangat.

Kebetulan pula, Isnin 8 Mac 2021 adik shida dari Kuala Lumpur balik atas urusan kerjanya, lama betul tak jumpa dia rasanya lebih dari 6 bulan dan adik shida ni juga dah pun berbadan dua! Alhamdullah dia dah mengandung 2 bulan lebih dah, syukur tumpang gembira! Tapi dari hari isnin sampailah ke khamis shida tak sempat jumpa dia lagi, disebabkan kesibukkan shida ni tahap apa tak tahu lah.

Terus decide dengan dia dan suaminya ajak makan tengahari dirumah pada hari jumaat sebelum dia balik ke KL semula, nasib jugalah dia ambil peluang balik ambil cuti lama sebanyak 5 hari. Nasib sempat jumpa adik shida yang ni, dia dah susah nak balik paham-paham lah merentas negeri kan masih tidak dibenarkan. 

Rindu pula kat Maryam, anak buah shida sorang ni. Maknya kata tengah demam huhuhu

Maaflah ya korang! shida sibuk sampai tak dan nak blogwalking ke rumah korang. Update pun sempat pasal drama sebabnya dah ada bahan tinggal nak paste saja hahahaa 😁 Baru semalam shida start blogwalking pun tak banyak yang sempat singgah. Ampun ye! 

Terbanyak pula type dah berapa perenggan ni hahaha 😂 Aduhai terima kasih banyak-banyak kat korang yang hari-hari bertandang ke blog shida ni. Inshaa Allah shida lunaskan dari masa ke semasa okay! penat tak baca sampai habis? ok ok tamat dah stop sini dulu nanti sambung next entri ya 💋


You May Also Like

31 Jari Ohsem

  1. Takpe kak shida, setelkan mana yang patut then dah free baru blogging. Semoga urusan kak shida dimudahkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atiqah selalu dtg blog kak shida ni 😊😊

      Delete
  2. Faham kesibukan tu. Lagilah Shida nak uruskan PT tu bila dah boleh operasi. Samalah,sempat juga tidur semalam bila boleh rentas daerah tu. negeri je belum lagi, rindu dah nak balik kg sendiri. Mesti cantik langsir shida tempah tu. Comelnya maryam. Ni nama anak buah kita sama ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.a ank adik ni si maryam..2 3 harini dia blk..smlm jga dia maknye nk ke klinik..dia demam2 pn aktif..jenuh jaga 😅😅

      Delete
    2. Kira okay tu Shida, demam demam aktif. Kot lesu je kita jugak yang risau menjaga dia :)

      Delete
  3. Busy betul tu, bw pun pukul 2 pagi. Alhamdulillah keje Shida dah berjalan balik macam biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time tu je saya sempat sal..tp xboleh selalu..la

      Delete
  4. take care ye shida, jangan tak rehat pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nk berehat2 sikit..asyik teringat blog je..payah nau..

      Delete
  5. Alhamdulillah, sibuk kerja itu rezeki..

    ReplyDelete
  6. Takpa kak. Semoga urusan akak selesai hehe

    ReplyDelete
  7. Takpe... faham. Memang busy kan...

    ReplyDelete
  8. kita pun faham... bila sibuk dengan urusan lain terpaksa lupakan sekejap urusan yang lain

    ReplyDelete
  9. Langsir baru la raya ni ya Shida..
    Moga Allah permudahkan urusan Shida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitula cerite nyaa kak ujie heheee..terima kasih kak 😊😊

      Delete
  10. tak apa kak. nanti2 free kak singgah ya my blog.

    ReplyDelete
  11. Sama la terlalu busy. Bestnya dapat pulang jenguk parents.
    Semoga dipermudahkan segala urusan Shida

    ReplyDelete
  12. betul2 busy ni... tapi biasa laa.. kalau tak busy nanti org kata tak buat kerja kan... btw, wahhh thn ni ada langsir baru laa...nak dtg raya boleh tak? hahaha

    ReplyDelete
  13. Adoi.. hectic betul minggu Shida..
    Take care juga tau..

    ReplyDelete
  14. walau busy, tapi kalau kita dah start bercerita tu, mmg susah nak stop, pompuan mmg gini kan haahaaa

    ReplyDelete
  15. patotlaaa dah jarang nampak akk singgah blog..hehe busy! canteknyaaa langsir color merah tuu :)

    ReplyDelete
  16. Takpelah ambil masa. Saya pun baru hendak blog walking semula. Bateri kembung! Kena tunggu bateri baru.

    ReplyDelete
  17. sibuknyee kak..take care tau!

    ReplyDelete
  18. Sibuk sibuk ni yang penting kesihatan kena jaga ye kak... Tak apa kak, settle-kan apa yang patut dulu.. Cik TK pun tak sempat nak update entri dan blogwalking.. huhuhuuuu

    ReplyDelete
  19. semoga dipermudahkan urusan shida.. jgn lasak sgt nanti sakit pula

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.