Adab Berjiran

by - 10:58:00

Adab Berjiran | Alhamdulillah, selama shida hidup ni, shida beruntung dan bertuah mempunyai jiran-jiran yang baik dan bertanggungjawab. Bermula dari shida tinggal bersama parent hingga duduk asing menyewa sendiri bersama husben time dah kahwin. Mempunyai jiran yang baik juga satu rezeki yang Allah swt turun untuk kita. 

Selama tiga puluh empat hidup ni, shida memang mendiami kawasan perumahan atau jiran yang berbilang bangsa dan kaum. Boleh dikatakan jiran-jiran shida ni Satu Malaysia lah, kecuali masa tinggal di kampung suami di Beruas sebab kawasan perkampungan banyak melayu dan kalau ada bangsa lain pun berkelompok walau pun shida tinggal dalam kawasan taman.

Masa time bujang tinggal bersama keluarga, jiran-jiran shida kiri dan kanan memang baik. Yang paling seronok waktu perayaan, saling bertukar makanan dan angpau. Jika perayaan india mesti dapat kiriman muruku dan kacang-kacang, perayaan cina wajib buah limau dan angpau. Tak lupa juga jika perayaan hari raya mak mesti sediakan menu utama kami diberi dan diagih kepada jiran terdekat. 

Paling menarik lagi, jika kami tak ada rumah dorang tolong tengok-tengok kan rumah. Jika kami ada sidai baju kat ampaian dorang tolong angkatkan bawa masuk dalam pagar supaya tak kena hujan sekiranya kami tiada dirumah. Jiran kejiranan kawasan rumah mak memang baik hati.

Sejak Shida berkahwin duduk asing bersama husben, kejiranan kawasan taman shida juga satu malaysia. Sebelah kiri india, sebelah kanan cina, selang sebelah kiri melayu. Tapi paling seronok jiran sebelah kanan shida ni Aunty Lim, baik sangat. Dari mula shida duduk menyewa kat sini tak pernah lagi lah kata tak bertegur sapa. Setiap pagi kalau jumpa kat luar masing-masing tengah mengemas rumah mesti bertegur sapa.

Bukan itu saja, seminggu sekali ada je buah-buahan yang dia akan bagi. Macam hari ni rezeki shida aunty bagi buah mata kucing satu plastik. Katanya suami bawa balik dari kebun, yerlah lagipun aunty tinggal berdua je dengan uncle. Anak-anak semua dah berkahwin tinngal jauh-jauh, masa CNY baru ni pun dorang raya berdua, anak-anak tak balik pun sebab PKP.  Kalau nak kira kebaikan tu,banyak sangat dalam hampir dua tahun kami sewa kat sini, terima kasih jiran (Aunty Lim).

ADAB BERJIRAN :

  • BERTEGUR SAPA
  • SALING MENZIARAHI
  • TOLONG MENOLONG
  • BERTOLAK ANSUR
  • BERSANGKA BAIK
  • SELALU MENDOAKAN PERKARA YANG BAIK KEPADA JIRAN

HIKMAH MEMELIHARA ADAB BERJIRAN :

  • Keamanan dan keharmonian dapat dipelihara
  • Mewujudkan suasana yang bahagia
  • Melahirkan masyarakat yang penyayang
  • Mudah mendapat pertolongan apabila berada di dalam kesusahan

AKIBAT TIDAK MENJAGA ADAB BERJIRAN :

  • Tiada sifat bertolak ansur
  • Berlaku pertelingkahan dan pergaduhan
  • Sentiasa ada sifat dengki dan sombong
  • Disisih oleh masyarakat
  • Tidak mendapat rahmat dari Allah swt

Adab yang perlu kita amalkan sesama jiran ni tak lah susah bagi shida. Benda ni tepuk dada tanya diri sendiri, jiran sebagaimana yang kita mahukan, semuanya berpangkal kepada kita. Baik kita kepada jiran, baiklah jiran itu kepada kita, mudah kan? Shida faham tak semua mudah dapat jiran yang baik, tak mengapa asal boleh tegur kita tegur saja, tak pun senyum. Senyum kan sedekah dapat lagi pahala haa gitu. Bagaimana pula dengan kejiranan korang? πŸ˜€


You May Also Like

40 comments

  1. alhamdulillah dapat jiran yang baik. kadang kalau jiran takda, pastu ada pula poslaju anta barang, sy yang jadi wakil terima barang tersebut. pernah juga sekai tu, nak jemur baju tapi takda penyepit kain.. terus call jiran tanya ada extra penyepit kain dak? Adaaa! terus pinjam heheee pastu kalau tetiba lapar, tanya jiran.. ada makanan yang boleh di makan? dia bilang ada ~ apa lagi, terus pegi rumah jiran dan makan2 hehee syukur dapat jiran yg baik..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, adab berjiran sangatlah penting. Bersyukur dapat jiran yang baik sebab pengalaman saya dapat jiran yang kurang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke atiqah..xpe Inshaa Allah lepas ni baik baik aje 😊

      Delete
  3. Good sharing sis, memang best kalau dapat berjiran dengan orang baik2 :)

    ReplyDelete
  4. tErima kasih atas perkongsian ini..seronok kalau hidup bermasyarakat dalam kepelbagaian bangsa. minda lebih terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu semut senyum..terima kasih 😊

      Delete
  5. Wah jiran berbilang bangsa. Bagus dapat jiran yang baik.

    ReplyDelete
  6. best kalau ada jiran yg baik ... tukar2 juadah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa yg ni plg best..lg2 time bulan puasa kn 😊

      Delete
  7. seronok ada jiran berbilang kaum & baik pulak sesama jiran..

    ReplyDelete
  8. Penting sangat jiran2 yang baik ni. Apa2 happen jiran dulu yang dituju.. Tp tempat naniey ni jiran depan n hujung je ok. Yang lain bile jumpa tunduk muka tak nak senyum walaupun kita ni beria senyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe naniey mudah mudahan semua jiran jd baik je 😊😊

      Delete
  9. kite duduk kejiranan melayu.. alhamdulillah semua ok :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dpt jiran yg baik hati. Jika dok di kg memang la jiran2 mesra. di bandar ni lain sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju abam kie..duk kg kejiranan lain skit..lg mesra dan baik hati.

      Delete
  11. thanks sis atas sharing ni :)

    ReplyDelete
  12. betul tu, dikelilingi org2 yang baik disekitar kita juga 1 bentuk rezeki..bila kita susah, jiranlah org pertama akan dtg bantu kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul salah satu rezeki yg tak selalu org dpt kan 😊😊

      Delete
  13. Jiran2 wak sekampung semuanya baik2 belaka

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..best dapat jiran baik. Satu rezeki gak tu. Harmoni hidup berjiran baik baik.

    ReplyDelete
  15. dapat jiran yang baik tu pun rezeki kan..boleh bantu-membantu :)

    ReplyDelete
  16. Good sharing. Marilah kita berusaha menjadi jiran yang baik

    ReplyDelete
  17. bagus entry ini. dpt jiran yg baik pun rezeki dh

    ReplyDelete
  18. rezeki tu dpt jiran2 yg baik... sy dr dulu jiran2 semua jenis bekerja. kite keluar diorg mungkin tido. diorg keje kite berehat. kalu terserempak pn kebetulan sm2 g buang sampah or 1 parking😊😊

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.