Sedap Sangat Ke?

by - 07:00:00

Minggu atau bulan yang cukup mencabar dan meletihkan bagi shida. Risau pula sebab kesihatan badan selalu tak stabil, kejap-kejap rasa tak sedap badan, terlalu letih tapi tak mahu tidur awal. Jika ada yang perasan kadang-kadang shida 1 2 pagi baru dapat buka blog jalan-jalan ke blog kawan-kawan.

Rasanya time macam tu je waktu yang shida boleh ambil kesempatan untuk blogwalking dan update entri terbaru. Maksudnya sewaktu husben dah tidur, selagi dia tak tidur susah nak mengadap laptop pun. Sat sat sayang urut belakang jap, sayangg buat air jap, sayangg sapu minyak jap. Selagi kita ni depan mata dia adaa saja la kan hehee nak buat macam mana kan, sape tak sayang laki kan 😁

Berbalik pada tajuk entri Sedap sangat ke? Hahaaaa kemain lagi tajuknya yee. Sebenarnya pada bulan yang lepas shida adalah berbelanja sedikit tapi tak lah boros korang! sikit je buat pelepas ngidam nak mencuba makan itu dan ini. Perbelanjaan ini ada yang rasa berbaloi ada juga rasa satu pembaziran hahaaaaaa padan mukee sendiri 😂

Syoklat! HazelNut Ozlynn Edition - Berharga RM28.00 hanya untuk coklat dan beberapa jejari biskut. Pembelian ini bagi shida satu pembaziran hahaa, rasa coklat pun biasa je cuma coklatnya jenis pejal dan pekat tak cair. Coklat banyak cuma jejari biskut ni adalaaa dalam beberapa dan dah masuk angin pun. Packaging tu nampak macam mahal sikit lah. Keluarannya ada dua edition satu ozlynn satu lagi johan, cuma shida pilih ozlynn sebab coklat yang johan flavor butterscoth.

MYKORI Chocolate Tiramisu - Okay untuk aiskrim dari mykori bersaiz besar berharga RM25.00 besar dan tinggi. Shida sebenarnya pertama kali rasa aiskrim dari mykori ni, tak boleh nak pergi selalu sebab en husben tak berapa suka aiskrim. Pertama kali rasa not bad, pilihan shida chocalte tiramisu ni tepat sedap dan aiskrim kepal dia lain dari yang lain. 

Oh! maaf la shida tak tahu nak panggil apa nama aiskrim ni so ais kepal pun boleh la noh 😁 Untuk aiskrim di mykori ni boleh dicuba lagi untuk flavor yang lain. Tengok orang lain makan macam syok! shida saja nak cuba tapi nak pi kali kedua kena cari idea laa nk pujuk en husben hahahaa 😂

Mamasab Salted Egg & Cheese DorySkin - Sebelum tu ini bukan lah iklan berbayar ke apa ye, nanti ada yang kata promot pula! Tak ini cuma satu entri saja suka-suka nak sharing is caring. Maaf lah untuk doryskin ni shida rasa satu pembaziran beli. Bila makan tak kena tekak oii. Aduhai mula rasa kembang semacam makan dia 😆

Harga boleh tahan juga RM29.00, untuk repeat mungkin tidak sekali cukup sekali sahaja hahhaa. Bila disebut-sebut doryskin ni gaya macam lazat tapi bukan untuk saya mungkin. Hurmm dah lama sangat kot tak makan ikan shida ni sejak-sejak sebumbung dengan en husben yang tak makan ikan tu!

Bubblebee Diamond Mango Oolong Tea - Harganya RM10.50 minuman ini pun pertama kali shida beli dan cuba untuk minum. Ingat nak beli yang ada madu tapi takut terlalu manis dan tak lalu pula, so decide beli air minuman sahaja. Encik Husben beli Diamond Mango Strawbery Jasmine Tea.

Untuk Air ini okay la nak kata sedap sangat tu tak juga, biasa-biasa saja mungkin boleh repeat untuk menu yang lain, ada banyak pilihan cuma shida jadi rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Nanti boleh cuba Ice cream Series atau Coffee pula kan.

So disini air dan aiskrim mendapat tempat ditekak shida untuk menu makan pula tak berapa okay, takpelah kita cuba jajan yang lain pula. Maaf jika ada yang setuju dengan pendapat shida ni, biasa tekak tak sama masing-masing punya selera kan hehee.


You May Also Like

49 Jari Ohsem

  1. Replies
    1. cuba la anum, mana yg berkenan berdasarkan review ikhlas shida ni ^_^

      Delete
  2. Sedih betul kalau hrga yg kita byr tak rasa berbaloi dgn quality yg kita dpt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul su..ada yg berbaloi ada yg rasa..kpe aku beli?? ^_^

      Delete
  3. syoklat hazelnut tu mahal gak..mungkin coklatnya banyak, boleh buat sapuan roti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes mahal..mgkin tang packaging dia..bekas tu..dalam isian biasa je..coklat tu yes byk blh cicah2 biskut or roti lain..

      Delete
  4. Mykori sedap tp klu nak makan pastikan perut x penuh sbb mostly ais dia portion byk hahaha...

    Mydori plak bkn febret kita.. X suka kulit ikan lagi2 ada salted egg..

    Syiokelat tu ermm bole laa. Harga mahal sbb packaging n branded retis kot hahah

    Bubblebee pun bkn tekak kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mykori ni kena mkn time betul2 perut x terisi la..sbb ais kepal dia lain dr yg lain..sedap..shida pn ter repeat 2 kali dah dalam bulan yg sama hahaa 😂

      Delete
  5. dari gambar di atas tu hanya 1 yang kita pernah rasa. lain2 tu tak rasa lagi. selera lain2 kan... tapi nampak je macam sedap nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak zarida..selera lain2 hehee. Terima kasih :)

      Delete
  6. Nasib baiklah saya ni jenis kurang mencari makanan/minuman sebegini.. Biasa carik nasik je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala xselalu pun fairus hahaaa..biasa tekak ni suka nasi juga ^_^

      Delete
  7. terliur nengok kepek kulit ikan tu... tingin nk menerai

    ReplyDelete
  8. Waduuh ...tampilan dari MYKORI Chocolate Tiramisu ... sukses bikin nahan liur, kak.
    Kelihatan so yummy ..

    ReplyDelete
  9. Takpe cuba sahaja.
    Hehe nampak Mykori yang memenuhi tekak Shida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Na hehe..tak cuba tak tahu x gitu hehee ^_^
      terima kasih NA :)

      Delete
  10. Semua tak pernah cuba lagi. Haha

    ReplyDelete
  11. mahal ye RM28 untuk jejari cicah coklat tu.. Nini coklat celup tu murah.. sedap pun sedap hehe

    ReplyDelete
  12. Kadang harga tu buat telan air liur.. tapi isinya tak seberapa kan Shida..
    Kalau yang sedap memang berbaloi bayar..
    Terliur nengok mykori tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni myKori jela yg berbaloi haaa ^_^

      Delete
  13. serius la rm28 dpt tu jeke? kalo gitu baik beli nini coklat celup.. celup2.. haha..

    bubblebee pernah try yg aiskrim tu.. sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..malas nk komen byk2 produk srtis nih..hahaa

      sedap ye yg aiskrim..blh cuba next 😂

      Delete
  14. dory skin tuuuuuu sedappppppp. tapi harganyaaa buat nadyya pikir byk kaliii..hehe

    *amboiii sweetnyaa kak shida nii.. nadyya dah ada anak 24j anak jaaa. dpt anak kuat cemburu.. jgn laaa mama ayahnya dekat.. ada kena hempukkk ngn anak.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa..aduhai xtau laa kan xde anak lg..perihal anak pulak kan..xpe boleh lg sweet sweet kalau anak2 dah tido nnt..eh eh..hahahaaa 😂😂😂😂

      Delete
  15. Replies
    1. betul syaz..dah cuba baru tau..ooo rasa dia cmni..ooo xsedap lah..ooo xnak beli lg..oo lepas ni blh cuba menu lain 😂😂😂😂

      Delete
  16. resipi mamasab tak pernah kena dengan tekak sebab tu tak suka beli. Dua kali try tapi tak ngam jugak haha. Yang bubble tea tu memang ramai cakap air dia biasa2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala Farhana..tekak masing2 kan..hehee..air tu mmg rasa sedap lg tea live kot..hehee

      Delete
  17. alahaii romaniknyaa en husband ... lagi isteri depan mata, nak bermanja jer heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa aduhaiii..segan pulak kak shida 😂😂😂😂

      Delete
  18. abe kie dah lama x beli air berperisa manis mcm ni. kena bykkan minum air suam je. maklumlah dah tua ni ada je penyakit yg dtg...

    ReplyDelete
  19. Kalau selit nama artis,benda simple pun jadi mahal. Haha.

    ReplyDelete
  20. lain2 pernah try kak, cuma syoklat je xcuba..mahai betui mcm tu je..

    ReplyDelete
  21. Boleh tahan mahal ye coklat dan biskut jejari tu. Dory skin tu tak pernah rasa nak cuba sebab tahu harga dia mahal. Benda mahal ni kalau tak kena dengan taste memang rasa tak berbaloi beli. Sekali tu je lah belinya pun sebab nak rasa. Bubblebee tu dah lama teringin tapi tak beli beli lagi.

    ReplyDelete
  22. Antara semua ni Cik TK pernah rasa MYKORI saja. Tak ingat flavour apa. Best tengok aiskrim besar.. kongsi makan berdua masa tu.

    Untuk yang lain tu, Cik TK tak pernah lagi terfikir nak beli dan rasa. Sebab takut nanti tak berbaloi dengan harganya.

    ReplyDelete
  23. semua sedap tp mykori paling suka makan. biasalah suami, kalau ada depan mata, nk air milo, tlg garu, nk itu ini. hahaha

    ReplyDelete
  24. Tak berani nak cuba kalau harga yang mahal ni.. tapi thanks for review ni. At least tau rasanya macam mana. Memang tak beli lerr..

    ReplyDelete
  25. mak aiiii RM28???? baik laa shida beli nutella go tu hehehe

    ReplyDelete
  26. bikin berliur ni
    makruh puasa tengok haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.