Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 10

by - 23:36:00

 

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 10 | Kesian betul dengan si Rais tu teruk dikerjakan oleh Laila, tak patut betul dia lemaskan Rais sampai macam tu sekali. Mulanya si Ain yang kena kacau dengan hantu, sekarang Rais pula. Yang paling geram Ezlan yang macam bendul tu haihh sabar jelah selenge' betul dia kena tunduk dengan Laila. Rai pula rindukan anak-anak sampai termimpi-mimpi dia, mimpi pula yang buruk-buruk saja.

Perjalanan drama ni semakin menarik korang, rugi sangat tak tonton setiap episodnya heheee. Shida pun dapat follow sementara tak mula kerja lagi ni. Minggu depan dah mula kerja entah dapat ke tak ikut setiap episod drama ni dan drama yang akan datang. Lagi pun cerita genre macam ni memang kesukaan shida.

 

Ain berkongsi perkara itu dengan Rais tentang Laila. Rais turut mengakui dia merasa tidak selesa dan seram sejak tinggal dalam rumah Laila. Bapanya, Ezlan juga seperti tidak mengendahkan mereka lagi. Dia memberitahu perkara itu kepada Kak Wan. 

Namun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih bekerja dengan Laila. Abang Darus menasihati Rais untuk membantu bapa mereka yang dalam pengaruh sihir. Sekian lama mereka tidak dibenarkan solat di dalam rumah, akhirnya mereka bertekad untuk mula bersolat berjemaah tanpa pengetahuan Laila. 

Pian, Raihani dan Mak Lang bertemu dengan Naim. Naim berkongsi keadaan Ezlan yang tidak seperti Ezlan yang dikenalinya dulu. Ezlan seakan-akan dimanderem dan tunduk kepada Laila. Dari dulu lagi Raihani sudah dapat mengagak, Laila menggunakan sihir keatas keluarganya termasuklah untuk mendapatkan Ezlan. Raihani harus lakukan sesuatu demi memastikan keluarganya kembali bahagia.

Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 10

 

You May Also Like

21 Jari Ohsem

  1. Terlepas pulak nk tgk drama ni malam ni

    ReplyDelete
  2. tengok kejap je pun menyeramkan. dapat kat sakinah tu belakon memang menjadi sungguh la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..seram juga, xsgka ada drama citer seram mcm ni..selalu biasa2 jer..

      Delete
  3. Banyak betul konflik yang melibatkan Laila. Laila punca semuanya ni. Semua orang tak bahagia. Hikmahnya Mak Lang dah suka pada Rai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..akhirnya mak ezlan kesian pula tgk rai..

      Delete
  4. takut terjebak tgk drama melayu habis la mama

    ReplyDelete
  5. Makin menjadi-jadi pula perangai si Laila nie..

    ReplyDelete
  6. Itulah solat dan al-Quran pendinding diri. Minta tolong pada Allah.

    ReplyDelete
  7. tak sabar tunggu episod seterusnya. Suka watak sakinah dlm citer ni. Best.


    Semoga kita semua dijauhkan dari benda2 mcm ni.

    ReplyDelete
  8. semakin menarik jln cerita ni..x sabar nk tgk habis..

    ReplyDelete
  9. tahu tak apa tajuk 1 soundtrack lelaki yang nyanyi dalam cerita nie.. selain dari lagu naim daniel tu? puas mencari

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.