Kenapa Ramai Orang Suka Order Dan Makan Pizza Di Rumah

by - 00:21:00

Pizza adalah salah satu makanan paling popular di dunia. Di Amerika Syarikat, 350 keping dimakan setiap saat, sementara 40 peratus orang Amerika makan pizza sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Orang Malaysia pun apa kurangnya! Ada dikalangan rakyat Malaysia yang makan pizza beberapa kali sebulan. Pizza di Malaysia juga sangat ramai orang suka makan hingga tahap order untuk makan di rumah.

Ada sebab pizza begitu popular. Antaranya manusia tertarik dengan makanan yang mudah dapat, nampak menarik, senang dimakan, kaya dan kompleks. Pizza mempunyai semua komponen ini. Keju berlemak, topping daging dengan gabungan sayuran yang berwarna warni. Ditambah pula dengan sosnya yang pedas masam manis. Sangat lengkap!

 

(Photo: Brenna Huff / Unsplash)

Untuk menu pizza ini, keju dan sos tomato adalah pasangan yang sangat sempurna. Aneka pilihan jenis pizza menambahkan lagi kegilaan ramai orang untuk makan pizza. Ada yang suka topping nenas bersama daging ayam cincang.

Ada pula yang suka gabungan tuna dan makanan laut lain. Sekali gigit, akan terus digigit untuk suapan yang seterusnya. Sedar sedar sudah habis beberapa keping sekali makan sambil tonton TV.

Satu lagi kualiti pizza yang menjadikannya sangat sedap, ia dimasak dengan kaedah bakar dalam ketuhar yang bersuhu tinggi. Bahan yang digunakan bertukar menjadi kecoklatan setelah dimasak dan secara tak langsung memberikan rasa yang lebih mantap dengan aroma yang lebih menyelerakan.

Pada pizza, bahan seperti bawang dan tomato menjadi karamel semasa dipanggang, menjadikannya lebih kaya dengan rasa, lebih manis dan berjus serta lebih beraroma. Kerak pizza yang lembut dan rangup melengkapkan segalanya.

Dengan roti, keju dan sos tomato sebagai asasnya, pizza mungkin kelihatan seperti makanan sederhana. Tetapi ia adalah sejenis makanan yang dapat mengenyangkan. Rasanya yang tidak keterlaluan dapat menawan selera banyak golongan.


Sekali pesan boleh makan satu famili. Pizza ini walaupun hanya sejenis hidangan yang nampak simple tetapi dapat eratkan hubungan. Ibubapa dan anak-anak dapat makan bersama merupakan satu aktiviti sihat yang baik.

Elemen pizza itu sendiri dapat menggembirakan otak kita, menggembirakan selera dan menyebabkan deria rasa menjadi sangat berpuashati.

Tidak ada masa untuk terus pergi ke restoran pizza bukanlah satu alasan. Nak makan pizza tidak perlu susah payah ke restorannya. Selari dengan kehidupan rakyat Malaysia yang bergerak aktif dengan era kehidupan moden, cara untuk membuat pesanan pizza juga sudah semakin canggih.

Tanpa perlu keluar dari rumah, pesanan pizza boleh dibuat secara terus secara atas talian. Setelah siap, pasukan pizza delivery akan menghantarnya secara terus ke tangan pelanggan.

Salah satu pihak yang boleh bantu buat penghantaran pizza adalah Foodpanda. Tidak kira di mana jua lokasi, baik di tengah bandaraya besar Kuala Lumpur mahupun di pinggir bandar, team Foodpanda memang ada di mana-mana.

Foodpanda menyediakan sebuah aplikasi dan lamanweb dengan senarai restoran berhampiran. Nak makan pizza, boleh pilih dari mana-mana restoran pizza yang ada di dalam aplikasi Foodpanda.



Sedang bercuti juga boleh menggunakan servis Foodpanda. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan cara memuat turun aplikasi Foodpanda ke telefon bimbit, kemudian bolehlah di buat pesanan mengikut jenis makanan yang ingin dinikmati.

Tidak kira mahu dihantar ke rumah kediaman, pejabat, tempat kerja, tempat tinggal ketika bercuti atau mungkin untuk dihantar kepada ibubapa di kampung sekalipun.

Masukkan lokasi tempat ingin dihantar makanan tersebut, buat pilihan jenis makanan yang ingin dipesan dan seterusnya rider Foodpanda akan buat pizza delivery secara terus ke lokasi yang telah ditetapkan.

You May Also Like

24 Jari Ohsem

  1. malam2 nampak pizza sedap, lapar dh laa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab mkn pizza ni xkira time..kalau da tgh mlm..tgh mlm pun balunn heheee

      Delete
  2. Tapi kan, memang pizza ni best makan kat rumah kan. Makan kat outlet dia rasa janggal pun ada hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dlm aircond pastu pizza sejuk..dh xlalu mkn..kalau kat rumah 2 3 kotak pn xckp 😅😅

      Delete
  3. Sepanjang PKP ni mmg byk kali juga order..Tq abg food panda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lerr area kak shida xde la pulak 🤣🤣

      Delete
  4. Betul, tak tahu nak order apa last last order pizza je. Senang, tengok topping dia pun dah sangat menyelerakan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..Tarik plak ade cheese lg la..sedap hahahaa

      Delete
  5. Santai jew kalau makan pizza di rumah bersama family.

    ReplyDelete
  6. Kegemaran piza tapi susah jumpa piza yang menepati citarasa 100%.

    ReplyDelete
  7. Suka pizza sebab mengenyangkan. Pastu boleh share ramai2. Bonding gitu. Maybe tu yang buat pizza ni sedap

    ReplyDelete
  8. memang selalu makan kat rumah je pizza ni..hehe

    ReplyDelete
  9. betul2. cida suka dominos pizza. letak mozzarella banyak2.. pieuwww...

    ReplyDelete
  10. Sini cuma boleh order and pickup.. Foodpanda tak cover kawasan Sha nie.. hehehe.. Tapi memang lagi best makan dekat rumah dari di restorant.. Anak-anak Sha pun suka pizza..

    ReplyDelete
  11. Senang mudah delivery by foodpanda. makan ramai ramai tu yang syok tu :)

    ReplyDelete
  12. ornag have have je mak makan pizza nih.. hehehe

    ReplyDelete
  13. alamak,da lama xmkn pizza ni :)

    ReplyDelete
  14. kami mkn pizza ms CNY aritu. mkn ramai2 baru terasa puas.... kalau mkn sendiri mmg x abis...

    ReplyDelete
  15. piza ni mengelirukan - kotak 4 segi, bentuk bulat, nak makan jd 3 segi pulak..hehe..

    sekali-sekala bolehlah makan..kenyang tapi tak brp filling sgt..cepat lapar balik..huhu..

    ReplyDelete
  16. Pizza ni memang best makan kat rumah!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.