Orang Malaysia pun apa kurangnya! Ada dikalangan rakyat Malaysia yang makan pizza beberapa kali sebulan. Pizza di Malaysia juga sangat ramai orang suka makan hingga tahap order untuk makan di rumah.
Ada sebab pizza begitu popular. Antaranya manusia tertarik dengan makanan yang mudah dapat, nampak menarik, senang dimakan, kaya dan kompleks. Pizza mempunyai semua komponen ini. Keju berlemak, topping daging dengan gabungan sayuran yang berwarna warni. Ditambah pula dengan sosnya yang pedas masam manis. Sangat lengkap!
![]() |
| (Photo: Brenna Huff / Unsplash) |
Untuk menu pizza ini, keju dan sos tomato adalah pasangan yang sangat sempurna. Aneka pilihan jenis pizza menambahkan lagi kegilaan ramai orang untuk makan pizza. Ada yang suka topping nenas bersama daging ayam cincang.
Ada pula yang suka gabungan tuna dan makanan laut lain. Sekali gigit, akan terus digigit untuk suapan yang seterusnya. Sedar sedar sudah habis beberapa keping sekali makan sambil tonton TV.
Satu lagi kualiti pizza yang menjadikannya sangat sedap, ia dimasak dengan kaedah bakar dalam ketuhar yang bersuhu tinggi. Bahan yang digunakan bertukar menjadi kecoklatan setelah dimasak dan secara tak langsung memberikan rasa yang lebih mantap dengan aroma yang lebih menyelerakan.
Pada pizza, bahan seperti bawang dan tomato menjadi karamel semasa dipanggang, menjadikannya lebih kaya dengan rasa, lebih manis dan berjus serta lebih beraroma. Kerak pizza yang lembut dan rangup melengkapkan segalanya.
Dengan roti, keju dan sos tomato sebagai asasnya, pizza mungkin kelihatan seperti makanan sederhana. Tetapi ia adalah sejenis makanan yang dapat mengenyangkan. Rasanya yang tidak keterlaluan dapat menawan selera banyak golongan.
Elemen pizza itu sendiri dapat menggembirakan otak kita, menggembirakan selera dan menyebabkan deria rasa menjadi sangat berpuashati.
Tidak ada masa untuk terus pergi ke restoran pizza bukanlah satu alasan. Nak makan pizza tidak perlu susah payah ke restorannya. Selari dengan kehidupan rakyat Malaysia yang bergerak aktif dengan era kehidupan moden, cara untuk membuat pesanan pizza juga sudah semakin canggih.
Salah satu pihak yang boleh bantu buat penghantaran pizza adalah Foodpanda. Tidak kira di mana jua lokasi, baik di tengah bandaraya besar Kuala Lumpur mahupun di pinggir bandar, team Foodpanda memang ada di mana-mana.
Foodpanda menyediakan sebuah aplikasi dan lamanweb dengan senarai restoran berhampiran. Nak makan pizza, boleh pilih dari mana-mana restoran pizza yang ada di dalam aplikasi Foodpanda.
Tidak kira mahu dihantar ke rumah kediaman, pejabat, tempat kerja, tempat tinggal ketika bercuti atau mungkin untuk dihantar kepada ibubapa di kampung sekalipun.
Masukkan lokasi tempat ingin dihantar makanan tersebut, buat pilihan jenis makanan yang ingin dipesan dan seterusnya rider Foodpanda akan buat pizza delivery secara terus ke lokasi yang telah ditetapkan.













