Dapatkan Sushi Kegemaran Dihujung Jari Anda!

by - 18:09:00

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Dapatkan Sushi Kegemaran Dihujung Jari Anda! | Siapa sini peminat dan pemakan Sushi ya? Haa nak cari geng ni, ada tak geng dengan shida? Dengan kepelbagaian jenis makanan dalam Malaysia ni, Sushi juga antara menu atau makanan yang menjadi pilihan rakyat malaysia tak kira kaum Cina, India dan Melayu juga pandai makan sejenis makanan jepun iaitu SUSHI. Kalau korang nak tahu sushi juga salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun tau. Sushi ini diperbuat daripada nasi campuran cuka, kalau sekali rasa tu macam pulut kan tapi hakikatnya bukanlah pulut ye hahaaa ^_^ Sushi ni lazimnya akan dibubuh bahagian atasnya atau penambah rasa seperti salmon, chicken, crab, octopus, vege dan banyak lagi, tak lupa juga ia dimakan bersama soy sauce dan wasabi yang pedas leting tu kan tapi kalau shida sorry laa..memang tak makan lah dengan wasabi. Tak boleh tahan dengan kepedasan wasabi ni.

Makanan sushi sekarang ni semakin diterima ramai, ia sudah pun semakin popular sejak pertengahan era 90 an lagi kerana konsep makanannya yang mudah, segar dan eksotik. Kebiasaan kalau shida nak makan sushi menu pilihan yang akan shida tempah antaranya, Chicken Floss, Tuna Mayo, Tori Karage, Takoyaki dan banyak lagi asalkan bukan salmon dan seafood ^_^ Ada satu sushi yang bersalut dengan tauhu kering lembut (inari) tu.. itu paling favourite lah! kalau ambil mesti dalam 2 jenis inari tau! =) Antara Restoran yang shida biasa kunjungi untuk membeli sushi ni sama ada Sushi King atau pun Empire Sushi. Kedua - dua restoran ni wajib shida singgah salah satu jika ke Aeon Mall, Taiping :) Tengok gambar-gambar sushi ni, rasa teringin pula nak makan. Dengan musim PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) ni  rasa malas nak masuk mall sebab pasti kena beratur, lepas nak scan sana sini letih pula rasa. Walau macam mana pun kita tetap kena hidup dengan Norma Baharu maka pendekatan paling mudah adalah order online saja!
Dengan Pendamik Covid19 ni, dah ramai yang mula suka membeli - belah di atas talian. Wujudnya penghantaran makanan dalam talian ia lebih memudahkan pergerakan dan pembayaran, juga menjimatkan masa. Kebiasaan yang menggunakan Online Food Delivery ini seperti golongan orang yang berkerja, ibu bapa yang terlalu sibuk dan stress di tempat kerja dan ada juga yang tidak mahu meluangkan masa di dapur setelah penat bekerja. Ketika ini lah penghantaran makanan dalam talian amat berguna untuk memesan makanan dalam talian dan terus menghantar ke depan pintu rumah. 

Bagaimana korang nak minikmati hidangan sushi dengan mudah?? dengan era serba canggih ini, muncul lebih banyak pilihan untuk memesan makanan atas talian. Sudah pasti servis Food Panda menjadi pilihan. Foodpanda merupakan salah satu penghantaran makanan dalam talian yang terkenal di Malaysia. Pemesanan foodpanda agak mudah, pertama memilih kawasan, selepas itu senarai restoran akan dipaparkan. Korang boleh sorting senarai berdasarkan masakan, anggaran dan ciri restoran seperti vegetarian, halal, organik dan lain-lain. Sistem bayaran juga boleh dipilih sama ada pembayaran atas talian atau pun pembayaran semasa penghantaran. Setelah selesai memilih restoran dan hidangan yang diinginkan boleh terus klik pada pautan "pesan sekarang/order now" dan menunggu tempahan tiba. Di dalam aplikasi foodpanda juga menyiarkan waktu atau tempoh tempahan korang disiapkan. Jadi masa yang diberikan akan dipaparkan bagi memudahkan pelanggan bersiap sedia bagi tempoh makanan dihantar, mudah bukan? :)
Aplikasi foodpanda boleh dimuat turun secara percuma melalui Apps Store atau Play Store  dan juga boleh diakses di mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja malah korang juga boleh membaca komen serta review yang dibuat oleh para pelanggan foodpanda sebelumnya mengenai tempahan yang pernah dibuat serta pengalaman mereka secara keseluruhan. Tak payah nak download banyak-banyak aplikasi penghantaran makanan. Dengan foodpanda semua menjadi senang! Order banyak-banyak tempat pun takde masalah, semua dihujung jari hanya klik - pesan makanan - bayar - tunggu makanan sampai - siap!


You May Also Like

11 comments

  1. Food panda sangat memudahkan, tahnk you rider2 sekalian <3

    ReplyDelete
  2. sukanya sushi kak..mudah bila ade foodpanda kan..

    ReplyDelete
  3. Sushi memang sedap!! Cik TK biasa pergi Sushi King atau Nippon Sushi. Empire Sushi pun orang kata sedap. Tapi Cik TK tak pernah rasa lagi

    ReplyDelete
  4. terliurnya tgk sushi.... mmg favorite zieyaaa /// huhuh

    ReplyDelete
  5. Tetiba lapar ni. Kejap lagi scroll kat foodpanda 🤭

    ReplyDelete
  6. Ok, uncle baru nak cuba... heheheh

    ReplyDelete
  7. Ada foodpanda ni senang kerja. nak makan apa laju je order. hihi

    ReplyDelete
  8. sedihnya.. sini ada foodpanda tapi tak sampai dekat tempat sha..
    teringin pula nak beli sushi..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.