Mask Extender Version Merdeka

by - 01:08:00

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Mask Extender Version Merdeka | Sekarang ni mask extender ni dah jadi semakin viral penggunaan dia. Mask Extender juga telah pun menjadi satu eksesori wajib para wanita atau perempuan mesti ada dalam Norma Baharu ni. Jangan kata mak - mak, kini anak - anak juga dah semakin banyak koleksi yang terkumpul kan. Pergi sekolah pula hari - hari bertukar - tukar mask extender dia, lagi - lagi mak pulak si pereka atau pembuat mask extender ni. Mask extender juga kini telah dijadikan satu bentuk perniagaan atau sumber pendapatan bagi si pereka mask extender ini. Bagus juga kan boleh tambah pendapatan bagi suri rumah atau wanita yang bekerja, asalkan tahu mengait atau mereka sejenis mask exterder yang cantik dan menarik.

Kalau tengok version atau patern pula, pelbagai jenis yang ada, bercorak, yang kosong, bermanik, berreben dan sejenis plastik keras yang dipanggil mask extender tulang ikan juga pun ada. Cuma sekarang patern jenis mengait (crochet) yang semakin menjadi permintaan yang tinggi. Bagi ada bakat mengait sangat beruntung kerana mask extender untuk version mengait masih mendapat permintaan yang tinggi dalam pemilihan mask extender. Blogger Norhidana juga salah seorang penghasil mask extender manik, cantik ^_^

Shida juga tak lepas peluang memiliki salah satu mask extender jenis crochet ni. Cuma kelainannya dari segi warna dan patern yang shida pilih untuk kalini. Mask Extender Version Merdeka ni shida pilih bersempena bulan kemerdekaan negera kita. Bila pakai semua tegur menarik dan cantik. Tepat dengan tema kali ini Malaysia Prihatin :) Shida menempah dari mak student, harga pun tak mahal bagi shida, hanya RM5.00 sebab minta dia buat panjang sikit disebabkan face mask kain shida ni jenis tali pendek jadi mudah sangkut jika guna extender yang lebih panjang, biasa harga yang dijual hanya RM3.00 sahaja. Macam mana korang cantik? 


You May Also Like

13 comments

  1. cantiknya mask extender team merdeka.. zieya sendiri pun pakai mask extender.. senang.. and tak sakit telinga kan

    ReplyDelete
  2. Ia memudahkan kaum wanita untuk mengenakan mask kan, hehe

    ReplyDelete
  3. Nice ni tema merdeka!!!

    Sekarang ni memang trend guna mask extender ni, senang.. lagi yang bertudung, memudahkan. selain yang crochet dan foam, banyak jenis lagi Cik TK tengok. yang leather pun ada, yang plastik dan macam-macam lagi

    ReplyDelete
  4. cantik jugak, pandai mak student tu buat

    ReplyDelete
  5. wah menarik... kite tak reti mengait, reti jahit guna getah je hehehe... kalau berminat boleh la order ya...
    hehehhe mana tahu berkenan...
    kalau berminat boleh tinggalkan no hp dekat email

    norhidana@gmail.com

    ReplyDelete
  6. rasa mcm nak semua utk buat collection haha

    ReplyDelete
  7. lawa2 semuanya ye.. akak tak teringat langsung nak beli benda nih.. Mungkin sebab tak jumpa yang jual depan mata.. banyak jual online ni malas akak nak beli kalau online.

    Ada plastik pemegang kotak sabun yang kaler putih tu, akak potong sikit, bentukkan lekuk kat hujung dia. Yang itu lah akak guna hari2. hahahha

    ReplyDelete
  8. Cantik..kreatif depa ni..hehe..

    ReplyDelete
  9. cantik lah akak punya mask extender..minat pula yanie :)

    ReplyDelete
  10. wah cantiknya..kreatif dia mengait... :)

    ReplyDelete
  11. Cantik shida. Mesti ramai berkenan design warna bendera ni.

    ReplyDelete
  12. Murah.. berbaloi dan cantik sangat..
    berkenan pula sha nengoknya..

    ReplyDelete
  13. fenomena 2020 kan kak. mask extender. kreatif dan cantik pula tu. huhu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.