Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Mask Extender Version Merdeka | Sekarang ni mask extender ni dah jadi semakin viral penggunaan dia. Mask Extender juga telah pun menjadi satu eksesori wajib para wanita atau perempuan mesti ada dalam Norma Baharu ni. Jangan kata mak - mak, kini anak - anak juga dah semakin banyak koleksi yang terkumpul kan. Pergi sekolah pula hari - hari bertukar - tukar mask extender dia, lagi - lagi mak pulak si pereka atau pembuat mask extender ni. Mask extender juga kini telah dijadikan satu bentuk perniagaan atau sumber pendapatan bagi si pereka mask extender ini. Bagus juga kan boleh tambah pendapatan bagi suri rumah atau wanita yang bekerja, asalkan tahu mengait atau mereka sejenis mask exterder yang cantik dan menarik.
Kalau tengok version atau patern pula, pelbagai jenis yang ada, bercorak, yang kosong, bermanik, berreben dan sejenis plastik keras yang dipanggil mask extender tulang ikan juga pun ada. Cuma sekarang patern jenis mengait (crochet) yang semakin menjadi permintaan yang tinggi. Bagi ada bakat mengait sangat beruntung kerana mask extender untuk version mengait masih mendapat permintaan yang tinggi dalam pemilihan mask extender. Blogger Norhidana juga salah seorang penghasil mask extender manik, cantik ^_^
Shida juga tak lepas peluang memiliki salah satu mask extender jenis crochet ni. Cuma kelainannya dari segi warna dan patern yang shida pilih untuk kalini. Mask Extender Version Merdeka ni shida pilih bersempena bulan kemerdekaan negera kita. Bila pakai semua tegur menarik dan cantik. Tepat dengan tema kali ini Malaysia Prihatin :) Shida menempah dari mak student, harga pun tak mahal bagi shida, hanya RM5.00 sebab minta dia buat panjang sikit disebabkan face mask kain shida ni jenis tali pendek jadi mudah sangkut jika guna extender yang lebih panjang, biasa harga yang dijual hanya RM3.00 sahaja. Macam mana korang cantik?



