Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 8

by - 23:25:00

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 8 | Dalam episod ni kan, memang tragis sebab tiba-tiba pian dan terperangkap pula dengan Rai. Ezlan tunggu peluang untuk menceraikan Rai dan berkahwin dengan Laila. Kesian time Rai baru nak anak-anak menjamah makanan yang dia sediakan, terus ezlan ajak anak-anak untuk pergi. 

Kesian tengok Rai menangis-nangis ezlan tinggalkan dia dan membawa anak-anak pergi. Paling kelakar shida rasa part yang Mak Ezlan juga bersiap-siap nak ikut sekali bersama ezlan dan anak-anak tapi Laila enggan bawa Mak Ezlan sekali. Ezlan juga tak dapat nak buat apa setelah Laila melarang. Sekarang Mak Ezlan dah mula berfikir dan kasihan kan Rai, siap minta maaf lagi huhuu.

Ezlan lantas menumbuk dan memukul Pian bertalu-talu wakalupun Pian berulang kali mengatakan dia tidak berlaku buruk terhadap Raihani. Raihani yang masih trauma cuba memberitahu Ezlan yang dia telah diganggu oleh satu lembaga ketika mandi dan Pian Cuma menyelamatkan dirinya yang sedang trauma. Ezlan yang berada di luar kawalan lantas melafazkan talak kepada Raihani. 

Perkara itu telah disaksikan oleh Laila, Pak Salleh, Mak Lang dan anak-anaknya. Laila rasa puas dengan tindakan Ezlan. Dia bertemu dengan Raihani, tanpa pengetahuan Ezlan. Laila mengatakan yang dia sanggup lakukan apa saja cara demi mendapatkan Ezlan. Raihani telah dapat mengagak perbuatan kotor yang dilakukan oleh Laila untuk memecahbelahkan rumahtangganya.

Tonton Online : Aku Yang Kau Gelar Isteri - Episod 8

 

You May Also Like

9 Jari Ohsem

  1. Pian itu makin keruhkan keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la..tp niat nk bantu jd lebih haru..huhuu

      Delete
  2. banyak scene kena potong kan cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada scene yg terlalu syirik utk ditontonkan..

      Delete
  3. Replies
    1. Yaaa atie..tgk ke tutup muka hehehe 🤣🤣

      Delete
  4. kelakar gak part Mak Lang nak ikut tapi tak dapat. Lepas tu baru lah nak sedar mintak maaf dengan Rai.

    ReplyDelete
  5. mudahnya dia lafazkan talak!

    ReplyDelete
  6. semakin menarik jln cerita ni..x sabar nk tgk habis..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.