Seminggu Yang Sangat Sibuk | Kalau tengok gambar ni Ya Allah sibuknya beliau! Begitu juga lah shida, sibuk teramat amat dah. Sampai tak ada masa nak menaip dengan sendiri. Maaf lah korang seminggu ni shida kurang update hal-hal peribadi, kurang blogwalking dan bertegur sapa dengan kawan-kawan bloging shida ni, siapa? koranglah yang tengah baca ni 😍
Berbalik pada entri seminggu yang lalu shida ada mention tentang kesibukan yang bakal shida hadapi dalam minggu bermulanya bekerja. Pusat Tuisyen shida dah kembali operasi seperti biasa, Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan dari ibubapa. Ramai dah yang datang daftar dan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Lega pun ada sebab apa yang di plan berjalan dengan baik, Alhamdulillah!
Isnin 8 Mac 2021 yang lalu ya shida dah mula bekerja, esoknya pula cuti atau offday pusat tuisyen. Encik husben last minit plan untuk pulang ke kampung setelah beberapa bulan tak jenguk mertua di kampung, ya memang rindu tapi apakan daya tak boleh rentas daerah pun. Bila umum je dah boleh merentas daerah terus kami ambil peluang jenguk orang tua dikampung, kami tido semalam juga.
Kebetulan juga selasa tu kami menyambut Hari Jadi Adik Ipar yang bongsu berjumpa jugalah sebelum dia balik sambung study di Universiti kat Pahang, lepas ni entah bila boleh berjumpa dengan dia. Tido semalam rasa tak cukup je tapi apakan daya rabu petang shida dah kena masuk kerja semula. Rushing juga selasa petang sampai rumah mertua, rabu tengahari dah gerak balik.
Khamis pula, shida ada temu janji dengan Fateha Home Deco, part ni shida juga pernah cerita dengan korang. Shida nak menempah set langsir untuk rumah shida ni, dah lama mengidam nak langsir yang sempurna untuk rumah. Alhamdullah tercapai juga, part langsir ni nanti shida share lain entri ya. Hasil langsir dari mereka memang tip top! berpuas hati sangat.
Kebetulan pula, Isnin 8 Mac 2021 adik shida dari Kuala Lumpur balik atas urusan kerjanya, lama betul tak jumpa dia rasanya lebih dari 6 bulan dan adik shida ni juga dah pun berbadan dua! Alhamdullah dia dah mengandung 2 bulan lebih dah, syukur tumpang gembira! Tapi dari hari isnin sampailah ke khamis shida tak sempat jumpa dia lagi, disebabkan kesibukkan shida ni tahap apa tak tahu lah.
Terus decide dengan dia dan suaminya ajak makan tengahari dirumah pada hari jumaat sebelum dia balik ke KL semula, nasib jugalah dia ambil peluang balik ambil cuti lama sebanyak 5 hari. Nasib sempat jumpa adik shida yang ni, dia dah susah nak balik paham-paham lah merentas negeri kan masih tidak dibenarkan.
![]() |
| Rindu pula kat Maryam, anak buah shida sorang ni. Maknya kata tengah demam huhuhu |
Maaflah ya korang! shida sibuk sampai tak dan nak blogwalking ke rumah korang. Update pun sempat pasal drama sebabnya dah ada bahan tinggal nak paste saja hahahaa 😁 Baru semalam shida start blogwalking pun tak banyak yang sempat singgah. Ampun ye!
Terbanyak pula type dah berapa perenggan ni hahaha 😂 Aduhai terima kasih banyak-banyak kat korang yang hari-hari bertandang ke blog shida ni. Inshaa Allah shida lunaskan dari masa ke semasa okay! penat tak baca sampai habis? ok ok tamat dah stop sini dulu nanti sambung next entri ya 💋



















