tekanan..stress..tekanan..stress..tekanan..stress..tekanan

by - 13:13:00

  Assalamualaikum, peace upon you.

Semua orang pernah stress kan, tapi tahap stress setiap orang tu berbeza-beza mengikut jenis punca stress tersebut. 2 3 hari ni memang banyak kerja shida kat office sakit kepala dibuatnya. Mood nak bloging hancur, yang shida tahu balik rumah jumpa katil nak tidur dan semalam tiba-tiba badan rasa panas, tekak sakit mungkin dengan cuaca tak menentu menyebabkan shida jadi begini. Nak menaip semula 20 helai kertas lagi yang masih belum selesai lagi rasa stress haihhh.. Inshaa allah semua ni selesai, bolehlah bloging macam biasa. Mesti ramai kawan-kawan sedar dan perasan kewujudan "shida radzuan" tiada lagi menyinggah ke entri-entri korang kan. Jangan lah marah atau terasa hati. Shida cuba singgah dan langsaikan semua tu secara perlahan ya. Masa yang betul-betul ada berehat saja. Kerja kali ni betul-betul buat badan letih huhuhu.. dah jatuh ranking shida, trafik juga huhuhu tak apalah lepas ni up balik. Thanks kawan-kawan yang masih singgah blog shida yang tak seberapa ni :)



You May Also Like

26 comments

  1. tengah stress gak skarang ni...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Akak, takmo stress2 yek. Take care :)

    ReplyDelete
  3. Jangan stress2 kak shida :D Semoga dipermudahkan ^_^

    ReplyDelete
  4. sabar ek shida...jangan kerja kuat sangat sampai kesihatan terabai...biasalah tu... Farah pun cam tu gaks...lately ni asyik exhausted jer...balik terus tidur... kalau terjaga tengah malam baru wat autopublished post...rindu jugak dengan shida sebenarnya...

    ReplyDelete
  5. takpe2.. take ur time.. hehe.. jaga kesihatan ye.. =)

    ReplyDelete
  6. Be tough sis!
    Semoga Allah sentiasa menjaga =)
    Salam Jumaat.

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Lebih dari prasan shida,hehehe :)

    Kita tahu, org bekerja macamni la. Masa memang terhad. Tambah kalau tiba2 keja menimbun2, hehehe

    ReplyDelete
  8. kalau dah stress tu memang malas nak blogwalking dan update...pernah alami gak...

    ReplyDelete
  9. zaza pun..mggu2 yg stress jgk kdg2.. sampai sakit kepala n tpaksa telan ubat..

    ReplyDelete
  10. jangan stress akak shida syg. :) Take ur time dan jaga kesihatan sama ye ;)

    ReplyDelete
  11. tarik nafas dalam2...
    lepas slow2, semoga berkurang stress tu..
    heee

    ReplyDelete
  12. sama macam akak la..bila badan letih bangun pagi mesti tekak sakit macam pedih2 tu..

    ReplyDelete
  13. ah betul tu! kdg2 mmg busy smpi hilang semua mood nak buat semua kerja..smpi blog entah ke mana, kdg2 update blog utk luah perasaan je, tp belum ade lg mood nk berblogwalking, haha..pape pun, take care ya (n_n)

    ReplyDelete
  14. get well soon dear... istighfar banyak2,, may help u to reduce stress..

    ReplyDelete
  15. Janganlah stress sangat kak shida!! ..Kalau stress, azwa akan tidurlah jawabnya.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  16. rilekss shida..
    minum air byk tau...
    skrang cuaca mmg tak menentu...

    ReplyDelete
  17. mohon pergi spa untuk hilangkan stress tu... hehe

    ReplyDelete
  18. sama la kita. kerja byk sgt kat opis sampai mood nak berblog pun dah down..huhu

    ReplyDelete
  19. It ok ... yang penting jaga kesihatan tau . Xmo stress2 bahaya coz nanti cepat tua ...hihihi
    Jgn marah gurau jer ...huhuhu

    ReplyDelete
  20. shida..tenangkan hati..banyak2 istigfar yer.. jangan stress2..jaga diri baik2 k..

    ReplyDelete
  21. KALAU STRESS CUBA LIHAT CERITA LAWAK..CONFEM STRESS KURANG..HEHEHE

    ReplyDelete
  22. sabar kak, relax :) take care tau :D

    ReplyDelete
  23. gile ke tak pernah stress. orang ke manusia aku pun xtahu.

    ReplyDelete
  24. tu lah..bile busy memang tak sempat nak hadap blog.balik kerja mmg tahu nak rehat je..walaupun nak update n blogwalking sgt tapi xmampu..takpelah shida,keutamaan di utamakan.take care dear.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.