Aurat Bertudung

by - 02:52:00

Assalamualaikum, peace upon you.

Aurat Bertudung, ramai yang menyalah erti konsep bertudung ni. Cara pemakaian tudung tersebut salah satu konsep bertudung sebenarnya. Memang tak dinafikan zaman sekarang yang moden dan canggih ni dah banyak keluaran tudung dipasaran, bermacam jenis tudung dan fesyen bertudung yang kita lihat sekarang ni. Yang tengah hangat sekarang ni Tudung jenama Fareeda, yang mengeluarkan fesyen tudung terkini dengan berlayer-layer dan warna. Tapi tapi tapi pendek lah huhuu.. macam shida kurang suka dan minat tudung macam tu. Lebih selesa memakai Tudung Syria yang pernah popular suatu ketika dahulu. Tapi tak tahulah Tudung Fareeda ada size yang lebih besar.

Tudung berfesyen sekarang shida tengok memang dah labuh tapi disingkatkan, ada jugalah yang memang dah pendek tudung tu dililit-lilit sampai betul-betul atas dada, bagi shida terpulanglah kepada individu yang memakai tudung dan cara dia menutup aurat. Nak cakap banyak pun tak seronok lah sebab biasalah perkara macam ni kan serius. Nanti ada yang kata perempuan yang bertudung labuh dan berlitup pun belum tentu baik! dah selalu shida dengar. Ada yang kata perempuan tidak bertudung lebih baik dari yang bertudung. Dah terlalu banyak spekulasi yang shida sering dengar jadi tepuk dada tanya diri sendiri :)

Macam Shida mula bertudung sepenuhnya selepas Tingkatan 3 dah dapat hidayah untuk menutup aurat sepenuhnya. Masa sekolah rendah memang shida sudah bertudung tapi cuma pergi ke sekolah dan balik raya dikampung sahaja, sampailah shida sekolah menengah (tingkatan1&2) hanya memakai bila perlu. Shida sekolah menengah duduk Asrama tau, jadi bila berdikari diajar juga bertudung setiap masa. Nak pergi mandi pun tutup kepala dengan tuala :) Bila dah lepas tingkatan 3 shida berubah sepenuhnya bila keluar sahaja dari rumah shida bertudung sehinggalah sekarang. Bagi shida bertudung tu satu kewajipan bagi wanita islam yang dituntut dalam Agama kita. Bila bertudung peluh yang keluar demi menutup aurat dikira sebagai PAHALA, wah seronok kan :) menutup aurat lepas tu dapat ganjaran lagi :) 

Pengalaman bertudung rasanya tak lah banyak tapi ingat lagi bila shida keluar rumah dengan bertudung rasa selamat dan orang sekeliling kita memerhati dengan penuh hormat berbanding ketika tidak bertudung orang pandang macam pandang kita buat salah, tak pun pandang macam nak makan kita. Selalu perangai macam tu insan yang mempunyai 1 nafsulah bahaya!! Kalau korang perasan sekarang artis perempuan pun dah ramai yang berjinak dalam berhijab kan :) seronok shida tengok comel-comel belaka :) Tapi dalam banyak-banyak artis wanita bertudung shida suka cara Heliza Helmi :) so cute lah diaaa suka tengok comel je selalu dalam setiap apa yang dia pakai :) yang penting menutup aurat!

comel kan Heliza :)


You May Also Like

13 comments

  1. Assalamualaikum shida. sheila pun perasan tudung fareeda pendek2. tak sesuai la nak pakai, kan? sheila skrg prefer pakai tudung sarung dengan bawal labuh. shawl dah kurang pakai sejak mengandung ni. perut mengandung pun aurat gak.. so sheila memang tercari-cari tudung bidang besar.. sheila mula tutup aurat sebelum nikah. suami banyak beri sokongan dan ajaran. alhamdullilah. syukur sangat diberikan hidayah. Selama tu tak amik port sangat pasal aurat. malu sungguh dengan diri sendiri. Allahuakbar. Shida, nice sharing entri ni... singgah menabung tesco sini~~~

    ReplyDelete
  2. ayat yang kak shida tulis ' perempuan yang bertudung labuh dan berlitup pun belum tentu baik! ' kan ,abaikan apa yang depa cakap . memang bertudung labuh belum tentu baik , tapi dia berusaha untuk menjadi yang lebih baik . ^_^

    ReplyDelete
  3. tak kisah apa gaya tudungkan, yg penting tutup aurat..

    ReplyDelete
  4. aurat terjaga..seronok dapat pahala :)

    ReplyDelete
  5. ya allah. betul sangat tu kak shida. Kata tudung pendek nnt marah n sensitif pulak kan heee.
    Betul. Qila suka tengok org pakai syriaaaa <3 cantik!! Tp muka qila takleh :((( hihihihi.

    Oh ya, betul lah. Tudung fareeda botingkek tingkek tu sebenarnya pendek tp whatever sukahati diorang lah hihihhi.

    Thanks for the reminder kak shidaaa :) <3 salam jumaat!! Yes. Heliza mmg omeyyyy lg lg tang mata tuuu hihihi

    ReplyDelete
  6. skg ramai y bertudung tp pakai baju lengan pendek.... mcm x sesuai je? kn shida?

    ReplyDelete
  7. Even sha sendiri pun kdg2 terlepas jugak bab nak labuhkan tudung, InsyaAllah same2 kita ke arah melabuhkan yg mane yg singkat2 tu.. Amin..

    ReplyDelete
  8. Apa2 jnis tudung harap menutup aurat..

    ReplyDelete
  9. mmg indah bertudung... tak pernah rasa rimas ttup aurat dgn smpurna... rasa selamat je... Alhamdulillah... moga kita semua istiqamah menutup aurat...

    ReplyDelete
  10. Tak suka tudung singkat...

    ReplyDelete
  11. Heliza tummg comel..hihi.bila dh tudung ni automatik semuanya akn lbh dijaga.betulkan?

    ReplyDelete
  12. mak nad dah ajar nad sejak kecik lagi..tapi biasalah kadang-kadag kurang dengar cakap maka..tapi semakin kite mmebesar..semakin kite membaca banyak cerita pasal alam akhirat kite dah boleh tau mana baik mana tak baik..tutup aurat satu kewajipan bagi permpuan..kesian dekat ayah dengan suami kita nanti

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.