Kisah September

by - 00:08:00

Assalammualaikum, peace upon you.
Kisah September | Pejam celik pejam celik dah seminggu dah bulan september ni. Sabtu baru ni shida sefamily pergi ke rumah kakak shida untuk sambut Hari Jadi. Biasa memang kami akan sambut setiap bithday anak-anak buah shida ni. Diorang pun masih kecil kan so saja lah nak meraikan meriahkan suasana peningkatan umur mereka ni. Salah satu aktiviti kekeluargaan yang paling hapening :) So untuk bulan September ni kami sambut untuk 4 hari jadi iaitu Ayah shida Pak Radzuan (2/9) Adik shida Nabila  (9/9) Anak buah shida yang kedua Nana (9/9) dan Anak buah shida yang ketiga Adam (6/9) dekat-dekat je semua tarikh kan hehee.. tapi adik shida dengan anak buah shida tu tarikh sama kan dan caracter pun sama kuat tidur hahaaa.. eloklah sangat! so masa tu kekenyangan sebab kakak shida masak banyak sangat menu, dengan kek lagi, bihun goreng, macaroni dan lain-lain. Memang buncit semalam makan pun agak lewat haihh redhaa je lah ^_^ tapi memang kami semua happy, banyak adegan yang mencuit hati, tersentuh hati dari anak-anak buah shida semua :) Selamat Hari Jadi semua :)
Kebetulan adik shida yang study kat Politeknik Sabak Bernam balik cuti juga, kira semuanya ada semalam kecuali abang shida dan kakak ipar yang stay kat Rawang tu tak balik. Habis celebrate makan-makan sesi beri hadiah, banyak hadiah untuk dorang, yang si abang bukan hari jadi pun bagi juga hehee. bersepah habis rumah memang mak dia kena dobi lah lepas tu ^_^ apa-apa pun shida gembira semuanya berjalan dengan lancar sebab last minit bincang nak buat malam tu, yang penting semua happy tu je :) Ohya, korang! mulai hari selasa shida akan buat entri auto publish, bermula selasa hingga khamis sebab shida nak pergi kursus seperti yang shida cerita sebelum ni,  yang tak baca lagi boleh lah belek-belek entri yang lepas-lepas tu ya :) So balik sure letih cuma nak berehat je tinggal dari pagi sampai malam berturut-turut, so sesi blogwalking shida akan bermula selepas hari khamis, jumpa nanti kat blog masing-masing ok :)


You May Also Like

29 comments

  1. Bestnya sambut besday ramai-ramai...kek pn kena buat bertingket-tingket la.

    ReplyDelete
  2. hepi besday utk semua.hehe..ad yg sambut in advance ye?

    ReplyDelete
  3. @Mila Hilas ha,a ada je sebab 9/9 jatuhnya hari selasa hari sekolah dan bkerja so tak boleh sambut time tu :)

    ReplyDelete
  4. Wahh seronoknya! Nad sejak sambung study ni jarang dah ikut celebrate apape T.T

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam singgah pagi isnin dik Shida...selamat hari lahir untuk semuanyer...

    ReplyDelete
  6. tgh malam pun makan bosarrr kak shida..kekeke...

    happy birthday, happy belated semua :D

    ReplyDelete
  7. Tu dia, pakat celebrate sekaligus.. Baru meriah.. Jimat pun jimat.. Hehe.. Sedapnya la hai tengok kek.. macam dah lama jer pulak akak tak makan kek.. Glup!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  8. Seronokkkkkk ;) Happy birthdayyyyy ^_^

    ReplyDelete
  9. ramai kan org besday bulan 9..timm pun buln september..hehe..

    ReplyDelete
  10. seronoknya..hehe.happy birthday

    ReplyDelete
  11. Salam, wahhh sekaligus sambut ye~ haha tp mmg best klw dlm sebulan tu, kita berkongsi bulan birthday dgn ramai kenalan kita, mmg meriah selalunya klw buat majlis..hehe

    ReplyDelete
  12. seronoknya sambut birthday beramai ramai..happy birthday untuk semua :)

    ReplyDelete
  13. seronoknya sambut birthday ramai2 gini..

    Shida..cemana shida buat post shida ada tajuk post kat awal2 entry tu..

    ReplyDelete
  14. meriah.. seronok sambut beramai2.. havoc!

    ReplyDelete
  15. wah... meriahnya sambung ye, kek tu nampak sedap je

    ReplyDelete
  16. meriah kan kalau sambut ramai -ramai :)
    semoga dipemrudahkan untuk berkursus tu :)

    ReplyDelete
  17. Jimat kalau buat bday ramai ramai.

    ReplyDelete
  18. senang sambut sekali harung ye.. hehe..
    macam sy suami bulan 9 juga. insyaAllah baby ni pun bulan 9.. tunggu masa je. akan dtng blh smbut sekali..hehe

    ReplyDelete
  19. tu dia budak-budak..sakan buka hadiah..hehee..slemat berkursus shida

    ReplyDelete
  20. Happy belated birthday buat semua..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.