5 sekolah di Taiping ditutup susulan kes covid19

by - 07:00:00

5 sekolah di Taiping ditutup susulan kes covid19 | Assalammualaikum wbt, Hai korang! shida ada perkhabaran kurang baik dalam 2 3 hari ni. Satu per satu shida diduga, baru-baru ni kes kemta kamunting hal keluarga shida disaring, Alhamdulillah ianya negetif. Sekarang datang lagi musibah baru, beberapa sekolah ditutup untuk saringan dan sanitize. 5 sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana dan SK Convent Kota.

Korang tahu, antara 5 sekolah ni terdapat juga beberapa pelajar yang mengambil kelas tuisyen di pusat shida. Sejak-sejak kes naik, parent pun dah mulai bimbang dan tidak membenarkan pelajar untuk ke kelas tuisyen. Ramai dah pelajar yang berhenti dan ada juga kena kuarantin 14 hari. Hari saban hari selalu shida fikirkan situasi yang agak tegang sekarang ni.

Kes covid19 ni betul-betul memberi cabaran buat shida dan sudah tentunya kita semua terkesan! besar sangat tempiasnya. Lama-lama macam ni nak cari makan pun susah, mana taknya perniagaan semakin hari semakin merosot bila kes semakin meningkat, lagi-lagi kes berkaitan begitu hampir dengan kawasan setempat. 

Bila nak berakhir situasi seperti ini, ya shida sangat-sangat susah hati. Harap shida boleh tabah dan bersabar nak menempuh hari demi hari. Korang doakan sama ya, moga semuanya kembali seperti biasa. Bukan apa shida kesiankan staf shida ada 2 3 yang memang mengajar sepenuh masa ditempat shida. Lagi buat shida rasa bersalah, jika pusat ni terpaksa ditutup jika wabak tidak dapat dibendung.  Shida doakan semuanya akan menjadi lebih baik dan virus ini akan terhapus. Sama-samalah kita berdoa.

 

You May Also Like

17 comments

  1. Besar ujian dihadapi. Harap-harap tidak berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya baik baik aje shida ye. mmglah risau kan... risaukan kesihatan diri dan keluarga, risaukan ekonomi dan pendapatan keluarga juga..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, kesiannya diorg... cepat la vaccine :( igtkan malaysia akan terputus dah dgn border tutup tapi makan byk pula

    ReplyDelete
  4. semua terkesan shida.. semoga kita semua terjaga dari virus ni

    ReplyDelete
  5. Harap tak sampai le ke sini. Kami kat sini masih boleh jalan2 hujung minggu.Rasanya kalau tiba2 ada kes memang terus semua berkurung la. Setakat ni ada 1 kes je kat penang. Hari ni tak tau berapa.

    ReplyDelete
  6. Semakin banyak sekolah dah pusat tuisyen di tutup. Ramai memilih untuk berada di rumah supaya lebih selamat bila covid makin merebak semula ni.

    Samalah kita shida, terkesan juga dalam hal ekonomi pendapatan ni. stress dibuatnya. Semoga cepat pulih supaya kita dapat hidup kembali normal lebih cepat. Aaminn

    ReplyDelete
  7. Ya Allah Ya Tuhanku. Tiada daya kami melawan virus paling durjana ini melainkan kepada-Mu juga hamba memohom pertolongan. Patuhi SOP, KITA JAGA KITA, itulah yang mampu kita lakukan.

    ReplyDelete
  8. serius sangat berharap agar semua lekas berakhir, student U belajar atas talian, kita pun pening

    ReplyDelete
  9. Moga keadaan takkan selamanya buruk.Moga Allah pelihara kita semua daripda malapetaka dan bencana..Amin..

    ReplyDelete
  10. MasyaAllah...

    KL Selangor pon kena

    ReplyDelete
  11. sabar ye kak..tempat yanie pn PKPB huhuu
    moga semua akan berakhir nnt xlarat dah situasi mcm ni..

    ReplyDelete
  12. Satu Selangor pulak dah kena pkpb 2 minggu, akk pun kena stopkan budak ngaji dan budak tusyen. Nasib akk cuma buat tusyen sambilan kat umh.
    Sama2la kita doa keadaan segera membaik.

    ReplyDelete
  13. esok, turn KL selangor n putrajaya pula. kami gh tggu surat HR ni sm ada kena dtg opis or wfh

    ReplyDelete
  14. Nak sangat wabak ni berakhir , kesian sngat sbb ramai dah yg terkesan

    ReplyDelete
  15. Semoga akak sekeluarga selamat2 semua..

    ReplyDelete
  16. Tempat Cik TK pulak sekarang PKPB, jadi wfh 2 utk minggu ni. moga lepas ni semua baik2 saja.. huhuuu dah terlalu ramai terkesan dengan covid ni lagi-lagi dari segi ekonomi. moga cepat la reda...

    shida dan family pun hati-hati selalu. patuhi sop, kemana-mana jangan lupa mask dan sanitizer.

    ReplyDelete
  17. Allah.. semoga semuanya baik-baik sahaja.. Aamiin..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.