Jangan Lupa Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Slot Lestary di TV3

by - 19:00:00

 
Jangan Lupa Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Slot Lestary di TV3 | Assalamualaikum korang dan hai! sihat-sihat belaka kah semua? Tahu tak TV3 Slot Lestary (Drama Sangat) ada keluarkan Drama terbaru Lelaki Lingkungan Cinta. Dalam beberapa hari juga,slot lestary dah mula buat tayangan sebagai teaser drama terbaru ini. Tapi apa yang menarik minat shida untuk tonton sebab ada Cik B anak kepada Usahawan Kosmetik Terkenal Datuk Seri Vida. Macam tertarik pula untuk ditonton malam nanti, ada juga yang mengatakan Cik B pandai berlakon haaaaa semakin menarik untuk ditonton 😊😊
 

SINOPSIS DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA : Drama Lelaki Lingkungam Cinta mengisahkan tentang kehidupan anak muda iaitu Adib dan Esya sejak dari mereka belajar di kolej sehinggalah ke alam universiti. Adib yang terkenal dengan sikap nakal nya dari kolej hingga ke universiti sering menganggu Esya. Kerana itu, Adib menjadi musuh nombor satu Esya. Dalam usia yang muda dan masih belajar, Adib dan Esya mengambil keputusan untuk berkahwin. Bagi Esya, sikap Adib berlainan ketika mereka bersama menyebabkan cinta berputik di hati Esya. Namun, rumah tangga yang dibina ada sahaja yang ingin robohkan. Zamri dengan sikap cemburu dan dendamnya tidak berputus asa mendekati Esya atas alasan mereka sepupu. Bagaimana pengakhiran kisah Adib dan Esya? Teruskan menonton Slot Lestary ini setiap Rabu hingga Jumaat - Jam 9 malam.
 
Pelakon yang membintangi Drama Lelaki Lingkungan Cinta antaranya Naim Daniel, Ismail Izzani, Shasha Abedul, Shalma Eliana@Yana dan Cik B.


You May Also Like

10 comments

  1. terasa diri tua pulak tengok pelakon dia semua haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul syaz hahaha..kita kena sedar diri la ^_^

      Delete
  2. Replies
    1. fiza tgk ke smlm..shida nk tgk..skali line sgkut2 huhuu..tgk kat office jer nih..sbb weekday keje smpai mlm.

      Delete
  3. ok nak tgk CikB berlakon juga! hehe

    ReplyDelete
  4. Nanti nak layan kat channel youtube tv3

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.